Archive for 2010

New Life


.


Bertarikh 28/12/2010, melangkahlah aku ke dunia sebenar IPTA yang disebut-sebut oleh para graduan. Dengan berpegangkan keputusan SPM yang tak seberapa, aku cuba mengorak langkah bagi mengengam segulung diploma iaitu Diploma Ukur Bahan atau Quantity Suvayor.

Selepas berhenti dari Tingkatan 6, tanpa menoleh ke belakang. Aku terus sahut cabaran untuk berjaya dalam bidang yang aku ceburi iaitu QS.Tapi yang peliknya, makin lama aku makin jiwang. Kenapa? kenapa? hmm..

Dalam kelas aku ni, berbagai asal-usul digaulkan ada yang dari Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, KL. Semuanya seramai 28 orang iaitu 16 perempuan dan 12 lelaki.

Sebanyak 10 subjek yang aku amik semester ini, so berharap tak perlu lah repeat subjek. Disamping itu jugak, berharap dapat mengengam segulung diploma dan seterusnya ijazah. Amin Ya Allah

21 Oktober 2010 (6 Rendah 2)


.

Tarikh keramat bagi seorang 'bekas' pelajar PRA-U iaitu aku, tarikh ini hari terakhir aku memakai baju sekolah. Selama hampir 6 bulan aku bersekolah dekat sini, berbagai ragam yang aku nampak, ada yang baik dan sebaliknya. Sebenarnya hanya beberapa orang je yang tahu yang hari tu hari terakhir aku, aku ni bukan sesiapa untuk dikenang tak besar lah jasa aku kat korang semua. Sekarang aku akan menceritakan segala kisah kawan-kawan aku :)



Nama mamat ni MUHAMMAD FAQRUDDIN (betol kot?) dia ni duduk sebelah kiri aku, aku dan kawan panggil dia Wak. Masa detik-detik pertemuan kami, ayat macam gay tu. Tak adalah, mamat ni antara yang rapat lah dengan aku bukan sebab apa, sebab aku lebih hansem dari die lagi pun die ni sebenarnya ADIK!! muka je dah tua tapi masih adik *like

Kita beralih pada mamat ni, nama dia THIAGU. Dia ni duduk sebelah kanan aku, kalau layan cerita dengan dia memang tak boleh berbisik mesti dengan kuat dia nak cerita.hahahaha. Nama glamor die Arip Shah, selalu bila gaduh dengan 'mak cik kepoh belakang' die ni antara orang yang beckup dengan aku!
Kita beralih pula kepada si berapi iaitu Zurina. Antara budak dalam kelas aku, dia ni lah paling banyak dibuli oleh aku. Banyak gila binatang yang dia takut seperti cicak, kucing dan tupai. Nama pendek dah lah zoo, tapi takut dengan binatang. hahaha. Antara trademark dia kasut, baldi dan berapi.

Ini dia anak polis, nama dia SHAHIMA. Dia ni sebenarnye ada skandal dengan Tan Lai Soon, kalau korang tak percaya tanya Lai Soon. Dia ni kalau bosan mesti menyanyi, lagi-lagi lagu duet yelah nak berduet dengan Lai Soon kan. hahaha. Apa yang penting raya rumah dia, makanan dia banyak dan sedap. Trademark dia 'kau pernah rasa tak duduk dalam bilik gelap?'

Ah, yang ni HANIFAH. Konon lah nk buli aku, tapi dia yang kene buli dengan aku. Walaupun dia ni 'kecil' tapi api yang dikeluarkan umpama main bunga api. hahahaha. Kalau buat bahas dengan dia, tak payah cerita lah dia mesti kalah. Tapi bila dia marah, zurina & shahima je yang boleh pujuk. Tradmark dia 'awak pakai *aju d*la* tak?'

Beralih pula kepada tauke Pizza Hut iaitu AMIRA. Kalau korang nak tau, pengasas pizza hut bukan lah dia. hahaha. Dia nia pengasas perak (sebutan macam berak). Daripada dulu aku mintak pizza dari dia, tapi tak pernah-pernah dapat. Alasan dia, nanti pizza basi. Trademark dia '1-300-88-tupai-tupai'

Ini dia penolong aku, PANG SZE ROU. Dia ni satu-satunya perempuan cina dalam kelas aku, yang aku pelik kenapa dia sorang je kat sini. Dia ni dah 4 tahun satu kelas dengan aku dari indahpura lagi. Satu yang aku ingat kat di, masa kat indahpura dulu dia tak pernah nangis. Tapi bila kat starp, dua ekor manusia ni kacau dia sampai dia boleh nangis!! Trademark dia 'jahil!'


Cerita secara rawak
Wanie- Dia ni bendahari kelas, tapi dia tak pernah mintak duit dengan aku. Itu yang pelik, suci sangat ke muka aku ni?? hehehe. nama popular dia 'wanie the pooh'

Fatin-Walaupun kau ni sewel, tapi kau tetap dengan paan kan? hahaha. Dah blajar betul-betul, ni STPM bukan SPM. hidup alex!

Mida- Dia ni kakak kepada thiagu, aku rasa kakak kandung kot. hehehe. So jaga thiagu betul-betul.

Rina & Yana- Diaorang ni madah berkepit je, kalau ade dorang mesti ade wak. Aku rasa baik wak tukar jantina, baru lah 'ayu'. hahaha

Md Nor & Zul- Mamat ni lah yang selalu main futsal dengan aku, lain kali kalau ade match 'free', ajak lah aku.

Tan Lai Soon- Cerita dia paling menarik, kalau tak silap aku dia ni ada suka ramai perempuan. Dalam kelas aku je ada 3 orang dia suka, tapi cinta dia paling berbunga pada shahima. huhuhu. Lai Soon ni pandai sejarah, sama lah dengan aku cuma aku ni tak pandai menulis fakta cuma auta.

Ash- Yang dia ni, nama dia glamor 1 sekolah. Sebab dia ni pandai bercakap, tapi bila bab perbentangan lagi-lagi bila aku tanya soalan konferm dia keluarkan fakta sendiri. Alah adat lah tu, ajan has a power question. hehehe

Pavi & Maha- Mereka ni budak 'baik', so di sini aku nak bercerita pasal diaorang. Tapi bila dieorng pergi kantin, ku mesti order roti john. hehehe

Anita- Satu hari nanti, aku rasa dia akan bukak salon rambut. Nanti bila you dah bukak salon, call I tau sebab I nak free hair cut.

Atun & Zana- Diaorang ni memang muka belajar, so aku jarang lah kacau diaorang. Bila perbentangan je aku kacau diaorang, tapi yang power nya diaorang boleh jawab soalan aku. Maybe soalan aku mudah kot.

Semua*- Terima kasih atas jalinan yang telah kamu semua berikan pada si rabun ini, harap kita akan bertemu di menara gading satu hari nanti




Bertemu Kembali :-)


.

Assalamualaikum..

Sekian lama tak meluahkan perasaan yang bergelora di jiwa, akhirnya berpeluang juga untuk aku melepakan 'sauh' dalam jiwa ku ini. Bapak dia, sejak bila aku mula jiwang ni??

  1. Mula-mula sekali aku nak ucapkan selamat HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang mengenali aku. Tak kira lah yang tua atau muda
  2. Nak bagi tahu bahawa final exam lagi 3 minggu je (18/10/2010)
  3. UiTM bila keluar keputusan eh?

adakah patot untuk aku meneruskan form 6 ni eh?? korang ada jawapan tak?? hmm.. Pada hakikatnya susah sebenarnya untuk memikirkan masa depan kita sendiri bak kata Karam Singh Walia 'terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu' hahahaha..

Orang-orang tua cakap, biar kita pening tapi jangan kita hening (frasa menarik).

So sebagai kesimpulan, masih jauh sebenarnya perjalanan hidup kita kawan-kawan insyaALLAH =))

Ramadhan Kembali Lagi :)


.


Alhamdulillah :) bertemu lagi aku dengan bulan yang penuh barakaq ini. Tahun lepas ade kekurangan sikit tapi tahun ini aku cuba completekan diri aku dengan bulan yang 1 dalam 1000.

Sudah 18 tahun aku bertemu dengan bulan Ramadhan, masa aku lahir juga bulan Ramadhan dan aku juga berharap dalam bulan Ramadhan juga aku dikembalikan pada tuhan aku iaitu ALLAH S.W.T. Ajal seseorang ditentukanNya, dan aku mengharap sempurnakan dan sucikan lah diri aku ini dalam bulan Ramadhan ini.

Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan-rakan aku terutamanya yang berjauhan dengan keluarga, guru-guru serta seluruh umat islam di dunia.

Ujian atau ........?


.


Sehari demi sehari pelbagai masalah timbul, ini tak cukup itu tak ada ini kurang. Apakah semua ini? apa yang mampu aku perkatakan "hmm"

Semua orang sudah mula meninggalkan bumi Kulai, aku terperok kat sini. Si dia tiada masa lagi, sahabat semua sudah sudah nun jauh di mata apatah untuk berkongsi masalah. Hati ini berkata ' ajan ini semua ujian dari-Nya, kuatkan semangat kau' tapi ini sekadr kata-kata dari hati bukan mulut. Siapa yang akan kata kan ayat ini pada aku? siapa? jin? ikan?

Apa yang penting, kau tidak keseorangan ajan kau bersama malaikat ALLAH. Ingat pribahasa ini 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?'

Syukur kehadrat-Mu ya ALLAH kerana dengan limpah dan rahmat-Mu, hamba-Mu ini masih teguh berdiri untuk menjadi insan yang berjaya kelak. amin .

Budak Syariah =)


.


Hahaha...ini dia 'budak baik' dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di starp. Ini lah muka-muka budak baik, walaupun hanya 4 minggu aku berada dalam kelas ni tapi dah banyak pekara aku perolah salah satunya jumpe dengan member baru.

Bermula lah dari 'ustaz' yang baik dengan aku Zizie tapi sekarang dah pindah poly dah next is Aan (jiran aku je) tidak lupa juga pada Wan dan untuk pengetahuan korang nama group kami highway. Ada lagi, bonzer kelas aku Amar yang tiada siapa berani menanggu, seterusnya MPP kita Azlan Shah. Budak banci iaitu Fairuz, hahaha dan akhir sekali lu pikir lah sendiri Nabil. Tapi sekarang yang dah keluar aku, Nabil dan Zizie.

Kepada kepada ustaz yang masih mengharungi cabaran sebagai budak syariah, teruskan usaha mu untuk menegakkan kebenaran Islam. =)

Seterusanya, kepada kaum hawa atau 'ustazah'. Yang aku kenal berapa kerat sangat lah, Umi nur iryani iaitu budak yang selalu kena tipu and buli sama aku. En Wawan, budak paling sengal, bukan apa En Wawan best dowh buli ko!! dah lah aci, tak boleh tahan dowh aku dengan kau tapi apa kan daya kau dah pindah. Tapi tidak mengapa, tak lama lagi kau nak pindah dekat The Pick dan besedia lah untuk hilang sabar pada aku.. En Wawan @k@ Aci @k@ sengal!!

Bermulalah hikayat pembalasan DENDAM aku pada seseorang!! bak kata Md Nor 'macam bagus'. Budak ini nama dia Cik Nadya yang bajet baguss!! dah lah pendiam dekat rumah Maryam tapi bila dekat sekolah, Ya Allah mengalahkan mak cik!!! aduh..aduh..aduh!! sakit beb telinga aku masa satu kelas dengan kau. Tapi sekarang aku sudah pindah dan kau kata pon kau happy, tapi jangan risau aku akan pastikan hidup kau tak akan aman!!

p/s: kepada EN. Wawan dan Cik Nadya seronok berkawan dengan kamu dan sambil-sambil itu membuli korang!!! hahaahaha

p/s: sekadar gurauan semata-mata =)

Abang Joe


.


Wah!! Marsyuk..what up all..bukan apa penantian 2 tahun amat bebalaoi, member aku Mohd Fahmee telah menunaikan janjinya semalam.

Jangan marah ye Abg Joe, semalam kami berempat pergi makan KFC yang bertempat di TJ Mart. Aku, Anwar, Paan dan Fahmee telah makan dengan puasnya ayam 'black paper' yang selama ini di idamkan oleh ibu yang mengandung iaitu fahmee:)

Apa-apa pun fahmee, terima kasih fahmee atas kesudian kau membelanja aku. Jangan lupa belanja aku lagi. Hidup Fahmee!!

Confius


.


Form 6, KPTM, Kolej??

Konfius aku, apa yang penting SAMBUNG BELAJAR jan!! Kenapa lambat sangat rayuan UPU keluar ek? Siapa yang tau, bila rayuan ni keluar? kalau lah tak ade rezeki dekat IPTA, akan ku teruskan Form 6..tapi bukan kelas Syariah!! no no no!! susah tu syariah, maybe aku amek ekonomi. Apa-apa pon, good luck untuk kawan aku yang akan meneruskan pelajaran di IPTA atau IPTS :)

Siapa Sebenarnya DI Sebelah aku?


.


Hmm, satu ungkapan yang sukar untuk aku jelaskan. Bila diperlukan orang cari aku dan selalu masa susah, tapi bila senang? ada semua cari aku?

Bukan nak buka pekung di dada, dah terlalu lama aku menjaga hati orang. Tapi ada orang jaga hati aku? aku sampaikan pesanan ni bukan pada seseorang, tapi pada semua orang. Aku dilahirkan menjadi pengubat derita, tapi aku dibesarkan secara hidup tersiksa.

Dari dulu sampai sekarang, tak ada saat yang gembira aku pernah lalui, kalau ada pun 1 atau 2 hari sahaja. Hidup aku diuji olehNya dengan bergitu talu. Tapi persoalannya, siapa sebenarnya di sebelah aku tika aku susah, sedih, sakit, menderita? Ada tak?

Takkan masa aku susah aku nak beri tahu? Pubisiti murahan ke? hmm.. aku ada perasaan, hati, sayang, cinta. Hanya pesanan yang boleh aku sampaikan, kepada sesiapa mengenali aku ingatlah satu hari nanti bila aku 'pergi' buat selamanya-lamanya, tiada lagi peluang untuk mengenali aku..

p/s: only you

Kadang-kadang


.


Kadang-kadang,
aku jaga perasaan orang,
tapi orang jaga ke perasaan aku?

Kadang-kadang,
aku menghiburkan orang,
tapi orang hiburkan hati aku ke?

Kadang-kadang,
aku sayangkan orang,
tapi orang itu sayang ke aku?

Kadang-kadang,
dalam keadaan terdesak orang mencari aku,
tapi bila dia senang, ade cari aku?

Kadang-kadang,
aku keseorangan,
ada orang teman aku?

Kadang-kadang,
bila aku sakit,
ada orang rawat aku?

Kadang-kadang,
aku menderita,
ada orang itu tahu?

Kadang-kadang,
aku rasa aku patut jaga hati aku sendiri,
kerana..
aku seorang sahaja yang tahu....

Next Step


.


Result SPM sudah keluar, boleh ka aku sambung belajar dan seterusnya mencapai cita-cita untuk menjadi guru sejarah? InsyaALLAH.


Aku berharap sangat aku dapat melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Malaysia, tapi 'andainya' tak ada rezeki, IPTA menjadi destinasi kedua aku iaitu UiTM or UIAM. Yang penting capai cita-cita aku, dan lagi satu tak menyusahkan mak bapa aku.

Just wait and see, kepada member-member aku yang akan melanjutkan pelajaran di IPTA or IPTS good luck aku ucapkan dan aku berharap persahabatan kita berkekalan. Aku sentiasa doa kan korang semua!!

p/s: contact lah aku sekali-sekala

Ema BefDay


.

dengan befDay gurl


budak-budak yang join


we rock!!


gurlzz


anieza and ema


diapit oleh hantu b*n*ot


ema and bella


i'am not in picture


layan befDay gurl


so sour :p


perhatian: flash kamera sahaja


ahli-ahli tingkap


piece and peach


abang B*ur


mamat ni lagi


budak 'tadika'


tak hingat dunia semua


6 tingkat tuu


Happy Befday Noor Asziemah

Memory 11Mac


.

aku lebih tinggi!!


my asstince with fizik techer


siapa yang poyo??


jadi mat rap sikit

biarkan lah aku

kawe-kawe aku

kecoh lah mamat ni


sambil gigit jari


dekat McD

Al-Fatihah


.


Hilangnya seorang pelawak negara kita iaitu Din Beramboi, sejak kebelakangan ini industri hiburan (lawak) telah mula melonjak naik. Salah satunya disebabkan program realiti Raja Lawak Musin Ke-4, dalam program ini allahyarham merupakan guru serta pengkritik. Diharapkan agar segala anak didiknya menggunakan segala ilmu yang telah dicurahkan oleh allahyarham.

Moga roh dicucuhri rahmat..Al-Fatihah

JPJ Test's


.

Alhamdulillah, syukur ya Allah.. Tamatlah segala ketakutan yang melanda di jiwa dek sudah lepas daripada ujian JPJ bagi kedua-dua lesen yang aku duduki iaitu lesen kelas B2 dan D.

Walaupun tidak mendapat markah penuh, namun segala titisan peluh yang menitis di tengah hari berbaloi apabila mendapat tahu bahawa ujian JPJ sudah lulus. So sekarang aku memegang lesen P yang akan diberi tempoh 2 tahun.

p/s: kene sound dengan abang JPJ dekat bukit..hahahaha

Rempit:)


.

'Hujan yang turun bagaikan mutiara' petikan dari lagu Hujan yang telah didendangkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Bukan nak mempromosikan lagu ini, tapi kisah ini baru aku lalui pada hari Sabtu bersamaan 20/3/2010.

Pada hari itu, aku bersama Fikri, Farizul dan Fakar (3F) telah pergi ke pameran pendidikan yang telah diadakan dalam bangunan Persada Johor. Ini merupakan kali pertama aku masuk ke dalam bangunan yang telah menganjurkan pelbagai acara dalam peringkat antarabangsa, aku bangga menjadi anak Johor..hahaha

Bukan nak cerita ini, untuk sampai ke sana kami melalui perjalanan yang amat memeritkan. Dengan menggunakan motosikal Yamaha 135 LC milik Fikri dan Farizul, akhirnya sampai juga kami di sana. Seawal jam 8 pagi hujan sudah mula turun, hampir dua jam kami menunggu hujan berhenti namun ia terus membasahi bumi.

Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dalam keadaan hujan, dan disitu lah bermulanya kami basah dek terkena titisan hujan. Kami berhenti makan di Peladang Johor dan disana Farizul telah menyelamatkan keadaan. Pada jam 3 petang, kami telah sampai di bandar raya Johor Bahru.

p/s: pertama kali naik motosikal dalam keadaan hujan, kenangan+++

Alhamdulillah Ya ALLAH....


.

Akhirnya, cita-cita 11 Mac aku menjadi satu kenangan yang terindah buat hidup aku. Sekian lama aku belajar, akhirnya membuahkan hasil yang amat menggembirakaan hati aku ini. Bermula cerita, iaitu keputusan peperiksaan penting dalam hidup aku dan antara keputusan yang aku perolehi:

  1. UPSR- 1A,3B,1C
  2. PMR- 3A,3B,2C
  3. SPM- 4A,2B,2D,1E,1G

Walaupun agak cacat di mata korang, tapi keputusan ni adalah yang terbaik+terhebat+terpower++ yang aku pernah buat dan semua ni akak tercatit sebagai memori kehidupan sekolah aku.

Dalam keputusan UPSR aku, ianya ialah sebuah kisah yang dongeng bagi aku bukan apa cerita yang akan aku ceritakan mungkin gila. Masa darjah enam dahulu, nama kelas aku 6 Sejahtera dan iulah kelas terakhir. Aku bukanya budak pandai macam adik-beradik aku yang lain, walaupun mak aku seorang guru sains yang hebat. Tapi sekian lama aku membelajarkan diri aku, Alhamdulilah keputusan ini yang aku perolehi.

Seterusnya PMR aku, time ni aku menduduki kelas kedua dan diberi nama 3 Bersih tahun ini juga diangap tahun mencabar bagi aku. Ada seorang hamba Allah yang mengeluarkan ayat ini 'kau no berapa jan? macam mana lah kalau ayah kau tahu'. Masa ni, aku baru kehilangan atuk sebelah ibu aku, sebagai cucu yang soleh aku korbankan kertas ujian pertengahan tahun aku untuk menziarah arwah. Dengan adanya ayat hamba Allah tu, aku berazam akan berusaha bersungguh-sungguh walaupun masa itu aku terasa dipulaukan oleh kawan-kawan.

Al-kisah tentang SPM pula, tahun ini merupakan tahun yang paling mencabar bagi aku dan aku sudah mula berdikari pada tahun ini. Dalam kelas yang aku duduki, iaitu 5 Teknikal aku merupakan pelajar melayu yang paling lemah. Selalu je kena marah dengan cikgu, lagi-lagi dengan Cikgu Habibah. Pelbagai masalah yang timbul pada tahun ini, antaranya masalah kawan,keluarga,cinta,wang dan lain-lain. Dan pada pertengahan tahun bermulalah semangat rentap aku, walaupun masa itu aku dicaci dengan pelbagai tomahan tapi hati aku kuat bersama guru-guru, sahabat rapat,kakak angkat serta kekasih aku. Walaupun ade yang gagal, tapi hati aku menjerit kegembiraan kerana kejayaan yang aku peroleh melebihi seseorang seperti aku mahukan. Nasihat aku kepada rakan-rakan berusaha bersungguh-sungguh dan anda pasti berjaya.

Terima Kasih Kepada Guru:

UPSR- Pn. Zarina (bm) En. Fong (mm), Cik. Prema (bi) dan Pn. Sa'diah a.k.a mak (sc)
PMR- Cik. Zarina & Pn. Kamisi (bm), Pn. Pakiam & En. Nabit (bi), Pn. Norhazelina & Pn. Zuraiha (sj), En. Helmi & Cik Umi (mm), En. Affendi & Pn. Rafidah (kh), Pn. Aishah, En. Wan Muhd Hisham & En. Matzalan (geo), En. Yusmadi & Pn. Masfaiza (pi), En. Zaini & Cik. Che Ku Norrizam (sc)
SPM- Pn. Habibah (bm), Cik. Saraswati (bi), Cik. Sarinah (sj), Pn. Badariah (pi), En. Nabit (mm), En. Zaini (km), Pn. Natrah (fz), Pn. Rafidah (lkj), Pn. Haslinda (tasswur), En. Ellengoven (mt), Pn. Roziana (penaik semangat), Cik. Siti Zuliana a.k.a kakak angkat (pebimbing)

Happy Birthday Anwar


.


Bro sorry sangat-sangat sebab aku lambat wish kat kau, bukan ape ni aku baru je dapat online.
Aku harap semoga kau panjang umur dan dimurahkan rezeki, belajar elok-elok dan apa yang penting semoga persahabatan kita kekal.

To Bejan


.


Assalamualaikum w.b.t

Sis sabar lah, sebenarnya kau sedang diuji dan kau sendiri pun tahu kan ayat aku semua ini disebabkan perangai 'manusia'. Pasal F tu, kau buat don't know dan don't want sahaja.

Yang bab kau balik JB tu, small jelah. Maybe hati kau dah tak ada kat kulai lagi, yang ini memang lumrah dan fitrah manusia. So faham-faham lah ya.

Dan lagi satu, bab result SPM yang bakal keluar ini walaupun orang yang kau sayang dah tiada, tapi orang yang sayang kau sentiasa ada. Ingat member-member semua support kau, jangan lah terlalu bawak diri dan rendah kan diri. Kalau kau tak ade sapa-sapa nak story, aku kan ada dah nama pum 'member yang suke nyakat kau' hehehehe.

Apa-apa hal friend for eva okey!!