Archive for Januari 2010

CemburuKah??


.

Nampaknya ada orang cemburulah,yelah dia dah tau hubungan aku dengan kak siti siap tanya lagi 'nak tanye, siapa yang jauh dengan cikgu? adik angkat ke?' x boleh bla seh!! hahahaahahahaa conferm lepas ni nak kakak angkat macam aku jugak..

My BefDay yg ke-17 (2009)


.

22/12/2009


kek yang telah ditaja olah cik bejan


muka kesian ni tau!!


budak ni yang basahkan badan aku


sedih tak muka aku?


budak ni memang pandai bermadah dengan aku


gelaklah korang semua


jangan pandang yang lain!!


sedang merajuk di taman kasidah cinta


dah mula menjadi basah


belakon kesat air mata


mula-mula kena

Dalam tahun ni, banyak perkara sedih dari gembira walaupun banyak benda pahit tapi aku tetap gembira dengan apa yang sudah berlaku. :))

p/s: kepada yang telah terima hadiah dari aku, terima kasih tau...

Pertolongan yang kecil akan menjadi besar


.

Alkisah, aku mempunyai seorang shabat dan nama dirasiakan dia ini salah seorang teman akrab aku dan satu hari die telah kehilangan sebutir permata dalam hidupnya iaitu ayahda tercinta..AL-FATIHAH. Ayahdanya telah meninggalkan kita sehari sebelum Hari Raya Aidiladaha dan masa itu kami semua sedang menduduki peperiksaan terbesar dalam hidup kami iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.

Sejak daripada itu aku dan bersama rakan yang lain memberi kata-kata semangat kepadanya, dan pada suatu hari dia dalam keadaan terdesak ingin memohon pertolongan aku. Sebelum ini aku sering meminta tolong top up pada dia.

Dengan atas simpati dan setia kawan aku akan menolongnya dengan sepenuh hati..

p/s: ingatlah walaupun sedikit pertolongan yang kita hulurkan, tapi pertolongan itu lah akan kita kenangkan.

Permintaan Aku.


.

Suatu hari, bila kita bertemu pada orang yang kita idamkan kita pasti akan berusaha untuk mencuri hatinya dengan menghiburkan hatinya, membelainya, berkongsi cerita dengannya dan pelbagai lagi. Sudah menjadi fitrah bahawa adam akan suka pada hawa, dan aku juga ada perasaan ini seperti yang lain namun bukan itu yang mahu disampaikan tetapi perasaan dalam atmaku.

Bila kita bercinta banyak kita akan berkongsi suka, duka, gembira, rasia dan pelbagai dalam hati sudah gembira bak berada di syurga, tetapi adakah ia iklas? Mungkin perasaan ini tidak timbul semasa itu kerana hanya gembira berlegar di fikiran kita, tika gembira kita akan mencari dia, tika sedih kita akan berkongsi bersamanya.

Dalam hati aku ini, bukan apa yang aku pinta tetapi keiklasan, kejujuran dan kegembiraan dalam hubungan kekasih, sahabat, saudara angkat dan sebagainya. Bagi siapa yang mengenali hati budi aku, dia akan tahu bahawa walaupun aku mempunyai masalah tapi tidak akan aku tunjukan dengan paras muka aku. Masalah itu akan hilang tika muka melakar senyuman apabila aku membuat lawak.

Tidak pernah aku mengharap apa-apa dari semua, aku hanya mahu kamu semua gembira bila bersama aku atau sebaliknya dan aku tahu ramai yang benci akan sikap aku, dan ingin aku katakan aku tidaklah sempurna dan aku berharap kepada siapa yang benci aku agar mendapat kebahagian di dunia dan akhirat..amin

SYUKUR ALLHAMDULILLAH aku dilahirkan dalam keadaan yang sempurna dan dalam negara yang aman, aku amat menghargai jasa akan ibu bapa aku yang selama ini telah mengembeling tenaga mendidik aku, membesarkan aku dan walaupun aku kurang berbanding adik-beradik yang lain tetapi satu hari nanti akan muncul dengan kejayaan dan suatu hari nanti aku akan menghantar mereka ke Tanah Suci Mekkah untuk mengerjakan Haji.

Bak kata pepatah, tatkala manusia berasal dari tanah maka manusia akan dikembali pada tanah semula. Apabila suatu hari nanti ALLAH S.W.T menyeru aku, ingatlah masa itu tiada lagi Muhammad Syazani Bin MD Khusaini dalam dunia ini, dan pada masa itu hanya satu aku mengharap pada semua doakan kesejahteraan aku dan sedekahkan AL-FATIHAH pada aku dan selama aku hidup di dunia ini hanya satu aku pohon bila aku sudah tiada sedekah kan AL-FATIHAH dan lupakan segala tentang aku.....

Badminton 2007 Cup


.


Perlawanan antara Muhammad Syazani dan Mohd Fikri dalam Final Terbuka Kaki Ayam.

(Juru hebah tidak menjaga bahasa sikit)

White Speck


.


Doa + Usaha = Kejayaan


.

bile nampak gambar nie..ape korang fikir??

Gambar ini telah di ambil oleh aku pada jam 3.14 pagi oleh kamera Nokia 6600 (sabun), bile tengok gambar nie terimbau kenangan mase study group di Surau Jalan Kenari.

Yang berada dlm gambar ini kawan aku, Muhd Fikri bin Abd. Jalil bersama dengan moto kesayangan die Yamaha LC.

Dalam study group nie kawan-kawan yang join ialah Mohd Fahmee, Muhd Shahrin, Muhd Fikri, Mohd Khairul Anwar dan aku keteorang nie x pandai macam 'kawan-kawan' kami yang lain, tapi bak kata sahabat aku iaitu Shahrin 'kalau kita ada ilmu, kembangkanlah dan jangan kedekut' ini lah kata-kata dia yang aku akan ingat.

Lebih kurang sebulan sebelum SPM kita orang sudah mengadakan study group ni, subjek yang diberi penekanan ialah Matematik,Fizik,Prinsip Perakuanan,Tasawwur Islam,Kimia,Matematik Tambahan ini disebabkan kita orang lemah akan subjek ini.

Oleh itu saya berharap dengan doa dan usaha yang telah kami buat akan membuahkan hasil dalam result kami nanti...amin Ya ALLAH.

UwAaHhH!!


.

RINDUNYA
..abah..
..mak..
..adik-beradik..
..kak siti..
..dian angreny..
..kawan-kawan..
..bile nk jumpe dieorang semua ek??..
..sayang & cinta korang semua!!!..

AgAk-aGaK lAmAlAh..


.


Assalamualaikum..sudah lama hendak ku taip bende nie, tapi apa kan daya kekangan masa menjadi punca utama sebenarnya aku nak cerita pasal diri aku sekarang, aku sekarang keje di muar.


Aku duduk di rumah Mak Limah@Pak Zahir, aku kerja di kilang perabut sebagai pengelap minyak amat penat, letih dll..aku bukan apa aku cuma mahu mencari pengalaman bak kata bapak aku 'belajar susah dulu, baru belajar senang' kata-kata nie bagi perangsang pada aku.


Selama aku kerja kt sini, rasa rindu pada mak,abah,adik-beradik,kak siti n dian membuak-buak dalam hati aku nie, dan selepas ini perancangan aku ialah mengambil lesen moto dan kereta insaALLAH..

wEdDiNg Of dAtO' sOn


.







malam ini sangat grand memang meriah lah..macam-macam aku dapat malam nie..keje aku simpel-mempel..tengok2 dapat upah..alhamdullilah..majlis ini diadakan di 'MANDRIN ORIENTEL HOTAL' (sebelah KLCC jew)..anyway thanks 4 kak malin yang ajak aku wat keje nie..

rInDu SaMa AlAm PeRsEkOlAhAn=(


.