Permintaan Aku.


.

Suatu hari, bila kita bertemu pada orang yang kita idamkan kita pasti akan berusaha untuk mencuri hatinya dengan menghiburkan hatinya, membelainya, berkongsi cerita dengannya dan pelbagai lagi. Sudah menjadi fitrah bahawa adam akan suka pada hawa, dan aku juga ada perasaan ini seperti yang lain namun bukan itu yang mahu disampaikan tetapi perasaan dalam atmaku.

Bila kita bercinta banyak kita akan berkongsi suka, duka, gembira, rasia dan pelbagai dalam hati sudah gembira bak berada di syurga, tetapi adakah ia iklas? Mungkin perasaan ini tidak timbul semasa itu kerana hanya gembira berlegar di fikiran kita, tika gembira kita akan mencari dia, tika sedih kita akan berkongsi bersamanya.

Dalam hati aku ini, bukan apa yang aku pinta tetapi keiklasan, kejujuran dan kegembiraan dalam hubungan kekasih, sahabat, saudara angkat dan sebagainya. Bagi siapa yang mengenali hati budi aku, dia akan tahu bahawa walaupun aku mempunyai masalah tapi tidak akan aku tunjukan dengan paras muka aku. Masalah itu akan hilang tika muka melakar senyuman apabila aku membuat lawak.

Tidak pernah aku mengharap apa-apa dari semua, aku hanya mahu kamu semua gembira bila bersama aku atau sebaliknya dan aku tahu ramai yang benci akan sikap aku, dan ingin aku katakan aku tidaklah sempurna dan aku berharap kepada siapa yang benci aku agar mendapat kebahagian di dunia dan akhirat..amin

SYUKUR ALLHAMDULILLAH aku dilahirkan dalam keadaan yang sempurna dan dalam negara yang aman, aku amat menghargai jasa akan ibu bapa aku yang selama ini telah mengembeling tenaga mendidik aku, membesarkan aku dan walaupun aku kurang berbanding adik-beradik yang lain tetapi satu hari nanti akan muncul dengan kejayaan dan suatu hari nanti aku akan menghantar mereka ke Tanah Suci Mekkah untuk mengerjakan Haji.

Bak kata pepatah, tatkala manusia berasal dari tanah maka manusia akan dikembali pada tanah semula. Apabila suatu hari nanti ALLAH S.W.T menyeru aku, ingatlah masa itu tiada lagi Muhammad Syazani Bin MD Khusaini dalam dunia ini, dan pada masa itu hanya satu aku mengharap pada semua doakan kesejahteraan aku dan sedekahkan AL-FATIHAH pada aku dan selama aku hidup di dunia ini hanya satu aku pohon bila aku sudah tiada sedekah kan AL-FATIHAH dan lupakan segala tentang aku.....