Archive for Februari 2010

Ya ALLAH!!


.

Result SPM dah nak keluarlah kawan-kawan, doa kan aku supaya dapat result yang terbaik dalam hidup serta masa depan aku tau.

Aku sentiasa doa kan kawan-kawan aku untuk mendapat result yang mantop!!

Balik Kampung!!


.

budak L


comel tak budak ni?


the red


dah macam baby sitter



Apa yang telah anda saksikan ialah aku sedang membuang sawang di rumah atuk aku. Last aku balik kampung masa raya, lama gila tak jumpa atuk aku. Walaupun family aku balik hari, tapi best jugak masa ada kat kampung.

Lepas ni aku akan balik kampung lagi, then tolong atuk kemas rumah sebab atuk aku tengah renovate rumah kampung untuk ditransformasi kepada rumah bandar :p

Temuduga Terbuka


.

Aslanwashere

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
atau klick IMage untuk berkongsi pandangan


p/s: Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.


Happy Birthday Jie!!


.


Member aku ni agak rapat lah dengan aku, dah 5 tahun tahun kita orang berkawan dan pada hari ini 18/2/2010 ialah hari ulang tahun kelahiran die yang ke-18.

Pada malam semalam, aku ade wish dekat die dan die balas 'wah!! terharunya aku jan, kau lah orang pertama yang wish dekat aku sebak aku jan, aku ingat tak ade orang ingat pasal aku'. Ala jie ini lah tandanya persahabatan, tak kan lah aku nak lupa kawan kot.

p/s: malam aku wish tu, kredit aku nak tamat tempoh.


suka melaram kawan aku sorang ni

Terbaik Wok!!


.


Ini time aku form 4, yang baju kuning tu name dia Izwan yang baju biru tu Fahmi dieorang nie memang banyak giler tunjuk ajar kat aku. Banyak-banyak senior dia berdualah yang paling aku sanjung.

Bukan nak memuji dia orang, tapi aku memang kamcing dengan dia orang berdua ni lepas tu satu kepala lagi. Kalau dekat sekolah dulu, memang kita orang ni bertiga lah, al-maklum bujang sepah lah..huhuhuhu

Boleh lah dikatakan bakal-bakal Perdana Menteri satu hari nanti, insaALLAH..

Tak Faham aku!!


.

Suka hati kau lah nak cakap apa aku dah malas nak fikir pasal benda dah berlaku, apa yang aku tau aku pikir tentang masa depan aku dan orang sekeliling aku. Tak payah lah kau nak bermadah-madah, aku dah malas lah!!

Kau dah dapat apa kau nak, aku dah dapat apa aku nak so bawak lah diri kau sendiri dan jangan lah nak ganggu hidup aku lagi, aku dah happy sekarang kau pon dah happy kan so jangan nak kacau hidup aku.

Aduh..aduh tak faham aku dengan kau, mengungkit je kerja kenapa dah tak ade kerja lain ke?? Malas lah aku nak fikir pasal kau lagi, so jangan ganggu hidup aku lagi lah!!

Erti Persahabatan Ini- DeHearty


.

video


Video ini aku tujukan khas untuk semua kawan-kawan aku, dan aku mahu ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan aku yang sudi menjalinkan persahabatan dengan aku.

Mungkin bagi korang semua, aku tak seberapa tapi apa lah kira nya kalau kita semua kawan sampai bila-bila.

Aku harap korang semua sudi menonton video ini...

Hari Ini- Afdlin Shauki


.

video


Lagu ini saya tujukan khas untuk ahli keluarga saya terutamanya mak dan abah yang selama ini bersusah payah membesarkan adik selama ini. Adik berjanji akan belajar betul-betul dan akan capai cita-cita adik.

Tak lupa juga kepada kekasihku, i want u know that i love and miss you so much what ever peopel said about us just don't agnore. I also want you know that one day i hope we will happy and life together.

Kepada Kakak Siti, iaitu kakak saya sorang ini adik nak ucapkan jutaan terima kasih pada akak sebab tanpa akak mungkin adik akan jatuh dahulu. Dan adik juga berharap hubungan kita tak akan sampai macam ini sahaja, adik harap akak faham maksud adik.

Selain itu juga, kepada sahabat saya ribuan junjungan terima kasih kerana sudi berkawan dengan insan ini. Banyak nama yang akan saya ingat dalam persahabatan ini kerana tanpa korang semua, saya tidak kuat seperti sekarang.

Terima Kasih semua....

The Driver


.

Pada hari sabtu&ahad yang lepas, aku telah menyertai kelas amali moto& kereta di Akademi Memandu Maharani. Bermula pada awal pagi, aku bangun awal dan Cik Ibrahim mengambil aku seperti biasa. Dan sepanjang kelad itu aku dikendalikan oleh Encik Zaiton (lelaki tau).


Dengan personaliti yang garang tetapi hakikatnya dia seorang yang lawak dan mesra. Boleh tahan bingit lah kelas kita orang itu, dalam kelas itu juga dia telah mengajar tetang aksasori motosikal serta motokar. Dalam kelas itu juga aku ade terpandang seorang wanita yang mempunyai memek muka seperti Fatin Nur Ain.

Pada sebelah petangnya, aku telah membuat practical moto dan juga kereta. Kereta telah diajar oleh Cik Ibrahim, dan seperti biasa aku pandai lah sikit-sikit dalan memandu kenderaan cuma dalam hal clach aku lemah sikit lah.

Manakala dalam litar moto, dalam keadaan panas aku telah mendapat moto yamaha lama dan mempunyai 3 gear sahaja. Segala halangan yang diberikan cuma 'ok' bagi aku, dan aku berharap aku tidak melakukan apa-apa kesilapan dalam ujian JPJ nanti.

Dan aku sekarang mempunyai lesen memandu belajar atau L, dan aku akan meneruskan segala pembelajaran lepas tahun baru cina kelak. Apa-apa pun doa kan kejayaan aku ye!!

Akhirnya!!


.

keputusan ujian komputer

Ini lah keputusan saya dalam ujian undang-undang atau berkomputer, x sampai sasaran untuk dapat 50/50 tapi apa kan daya dapat 49/50 je. Apapun syukur Alhamdulilah sebab dapat result macam ini.

Saya juga nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pak zahir@mak limah sebab banyak tolong dalam soalan-soalan yang disoal, tak lupa juga pada kekasih ku yang sorang sebab bagi sokongan pada saya pada malam semalam thank you honey!.

Lepas ini ujian amali, harap-harap semuanya berjalan dengan lancar...InsaALLAH..


kemeja syadi:))

Maafkanlah Diri Ini.


.


Pertama sekali saya nak mintak maaf kepada kedua ibu-bapa saya selama ini yang telah bersusah payah membesarkan saya untuk menjadi anak yang soleh. Mak, abah adik mintak maaf kalau adik ada buat salah pada mak dan abah mahupun terkasar bahasa dengan mak dan abah selama ini dan jujur adik katakan adik sayang mak dan abah sangat-sangat. Halalkan makan dan minum adik tau dan adik akan doa kan kesejahteraan mak dan abah.

Kedua saya ingin meminta maaf kepada adik beradik serta sedara-mara saya, ajan nak minta maaf kalau-kalau ajan ada terkasar bahasa dan tersilap bicara selama kita semua berkenalan. Ajan bukanlah sempurna dan ajan juga pernah buat salah dan semua ini ditujukan khas untuk adik-beradik aku iaitu abang wan, adin, iman dan nur.

Yang ketiga, saya ingin meminta maaf pada guru-guru serta kawan-kawan saya yang telah lama mengenali saya. Ajan nak mintak maaf kalau ajan ada terkasar bahasa, terkurang ajar dan halalkan segala ilmu yang diberi oleh semua cikgu yang telah mengajar ajan selama ini. Kepada kawan-kawan, ajan nak mintak maaf semasa kita menjalinkan hubungan persahabatan selama ini yang mungkin tidak lah best.

Keempat, saya nak meminta maaf kepada kekasih hati saya iaitu Dian Angreny Bt Bahri, ajan nak minta maaf kalau selama ajan berkasih dengan sayang ajan ade marah-marah sayang, kutuk-kutuk sayang dan membolehkan sayang benci pada ajan. Ajan tahu ajan banyak buat salah pada sayang, ajan selalu tak menjaga hati sayang. Ajan minta maaf selama ini, dan ajan nak tahu yang ajan betul-betul sayang dan cintakan sayang dan ajan juga berharap satu hari nanti kita akan bertemu jodoh serta dapat mengikat janji hingga akhir hayat.. insaALLAH...

Kelima, kepada kakak angkat saya iaitu Siti Zuliana Bt Mahmood adik nak mintak maaf kat akak selama kita berkenalan. Adik tahu, adik banyak susahkan akak, banyak mengganggu akak, banyak kacau akak dan sejujurnya adik tak ada niat lain selain nak merasai adanya seorang kakak yang penyanyang macam akak. Adik nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung ibu jari kaki dan halal kan segala makan dan minum adik.

Dan yang terakhir sekali, kepada semua yang mengenali ajan mahupun secara lansung ataupun tidak lansung ajan nak minta maaf atas segala kesalahan yang pernah ajan buat kepada kamu semua. Ajan menggaku, ajan memang nakal dan ramai yang tersinggung dengan kata-kata ajan yang sukar untuk dimaafkan dengan rasa rendah diri dan hina ajan menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf pada semua orang yang ajan sebut serta tidak dalam catatan ini.

p/s: jangan lupa dengan permintaan ajan sebelum ini.

Akademi Memandu Maharani


.

Alkisah,


Pada hari ini iaitu hari Selasa bersamaan 2/2/2010 aku telah memualakan segala langkah pengambilan lesen memandu bagi kelas B2 dan D. Dan hari ini aku telah menghadiri Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) selama 5 jam bermula dari jam 0800 hingga 1500.

Dari jam 6.00 a.m aku sudah mula bangun lalu terus mandi dan solat, seawal jam 7.00 a.m aku sudah siap menunggu cikgu memandu aku iaitu Encik. Ibrahim. Beliau telah mengambil aku jam 7.20 a.m.

Bersama aku ialah 2 orang budak lelaki yang tidak tahu namanya, dan seterusnya aku terus masuk ke dalam dewan kuliah KPP. Pada awal waktu, kami semua telah membuat ujian buta warna di samping itu juga aku sudah mengenali seorang member iaitu nama dia Arip (agak skemalah member aku ni).

Setelah habis ujian ini, aku meneruskan ceramah yang telah dikendalikan oleh Encik Haji Abd Talib iaitu seorang pencen askar yang tinggal di Tangkak. Beliau seorang yang tegas dan aku telah ditanya dengan beberapa soalan, antara soalan itu 'pernah tak kau cakap terima kasih pada mak kau lepas kau makan' tanya beliau dan aku menjawab 'pernah!' lalu beliau tanya lagi 'lepas makan kau basuh pingan kau tak?' lalu aku menjawab 'basuhh'.

Selapas ceramah ini tamat, aku pergi kantin lalu terus solat Zuhur dan seawal jam 1400 kelas kedua telah bermula. Guru yang mengajar aku seorang lelaki dan agak muda, lupa untuk bertanya akan namanya. Pada jam 1525 kelas tersebut telah tamat dan seterus ini Ujian Undang-Undang/Ujian Berkomputer/Computer Test. Dan aku berharap ujian seterusnya aku memperoleh keputusan LULUS...amin..

Thanks A Lot To Kak Siti


.


Kehadapan Kakakda,

Tak perlulah akak mintak maaf pada adik, sebab akak tak salah dan tak pernah buat salah dekat adik. Akak memang betul, adik faham keadaan akak dan adik juga tau keadaan akak.

Walaupun kita jarang contact, tapi adik akan sentiasa ingat akak walaupun akak hanya kakak angkat, tapi adik terasa yang adik mempunyai kakak yang sebenar. Akak juga jangan risau tentang hubungan adik dengan Cikgu Z, adik tak ada apa-apa pun dengan dia.

Nasihat adik kepada akak, tumpukan perhatian pada kerja dan adik tak mengharap pun akak selalu contact adik coz adik faham akak sangat. Tak mengapa lah kalau akak tak massage or call adik sebab sebenarnya adik dah tahu pekara ini akan berlaku dan adik sudah bersedia dengan pekara ini.