Akademi Memandu Maharani


.

Alkisah,


Pada hari ini iaitu hari Selasa bersamaan 2/2/2010 aku telah memualakan segala langkah pengambilan lesen memandu bagi kelas B2 dan D. Dan hari ini aku telah menghadiri Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) selama 5 jam bermula dari jam 0800 hingga 1500.

Dari jam 6.00 a.m aku sudah mula bangun lalu terus mandi dan solat, seawal jam 7.00 a.m aku sudah siap menunggu cikgu memandu aku iaitu Encik. Ibrahim. Beliau telah mengambil aku jam 7.20 a.m.

Bersama aku ialah 2 orang budak lelaki yang tidak tahu namanya, dan seterusnya aku terus masuk ke dalam dewan kuliah KPP. Pada awal waktu, kami semua telah membuat ujian buta warna di samping itu juga aku sudah mengenali seorang member iaitu nama dia Arip (agak skemalah member aku ni).

Setelah habis ujian ini, aku meneruskan ceramah yang telah dikendalikan oleh Encik Haji Abd Talib iaitu seorang pencen askar yang tinggal di Tangkak. Beliau seorang yang tegas dan aku telah ditanya dengan beberapa soalan, antara soalan itu 'pernah tak kau cakap terima kasih pada mak kau lepas kau makan' tanya beliau dan aku menjawab 'pernah!' lalu beliau tanya lagi 'lepas makan kau basuh pingan kau tak?' lalu aku menjawab 'basuhh'.

Selapas ceramah ini tamat, aku pergi kantin lalu terus solat Zuhur dan seawal jam 1400 kelas kedua telah bermula. Guru yang mengajar aku seorang lelaki dan agak muda, lupa untuk bertanya akan namanya. Pada jam 1525 kelas tersebut telah tamat dan seterus ini Ujian Undang-Undang/Ujian Berkomputer/Computer Test. Dan aku berharap ujian seterusnya aku memperoleh keputusan LULUS...amin..