The Driver


.

Pada hari sabtu&ahad yang lepas, aku telah menyertai kelas amali moto& kereta di Akademi Memandu Maharani. Bermula pada awal pagi, aku bangun awal dan Cik Ibrahim mengambil aku seperti biasa. Dan sepanjang kelad itu aku dikendalikan oleh Encik Zaiton (lelaki tau).


Dengan personaliti yang garang tetapi hakikatnya dia seorang yang lawak dan mesra. Boleh tahan bingit lah kelas kita orang itu, dalam kelas itu juga dia telah mengajar tetang aksasori motosikal serta motokar. Dalam kelas itu juga aku ade terpandang seorang wanita yang mempunyai memek muka seperti Fatin Nur Ain.

Pada sebelah petangnya, aku telah membuat practical moto dan juga kereta. Kereta telah diajar oleh Cik Ibrahim, dan seperti biasa aku pandai lah sikit-sikit dalan memandu kenderaan cuma dalam hal clach aku lemah sikit lah.

Manakala dalam litar moto, dalam keadaan panas aku telah mendapat moto yamaha lama dan mempunyai 3 gear sahaja. Segala halangan yang diberikan cuma 'ok' bagi aku, dan aku berharap aku tidak melakukan apa-apa kesilapan dalam ujian JPJ nanti.

Dan aku sekarang mempunyai lesen memandu belajar atau L, dan aku akan meneruskan segala pembelajaran lepas tahun baru cina kelak. Apa-apa pun doa kan kejayaan aku ye!!