Maafkanlah Diri Ini.


.


Pertama sekali saya nak mintak maaf kepada kedua ibu-bapa saya selama ini yang telah bersusah payah membesarkan saya untuk menjadi anak yang soleh. Mak, abah adik mintak maaf kalau adik ada buat salah pada mak dan abah mahupun terkasar bahasa dengan mak dan abah selama ini dan jujur adik katakan adik sayang mak dan abah sangat-sangat. Halalkan makan dan minum adik tau dan adik akan doa kan kesejahteraan mak dan abah.

Kedua saya ingin meminta maaf kepada adik beradik serta sedara-mara saya, ajan nak minta maaf kalau-kalau ajan ada terkasar bahasa dan tersilap bicara selama kita semua berkenalan. Ajan bukanlah sempurna dan ajan juga pernah buat salah dan semua ini ditujukan khas untuk adik-beradik aku iaitu abang wan, adin, iman dan nur.

Yang ketiga, saya ingin meminta maaf pada guru-guru serta kawan-kawan saya yang telah lama mengenali saya. Ajan nak mintak maaf kalau ajan ada terkasar bahasa, terkurang ajar dan halalkan segala ilmu yang diberi oleh semua cikgu yang telah mengajar ajan selama ini. Kepada kawan-kawan, ajan nak mintak maaf semasa kita menjalinkan hubungan persahabatan selama ini yang mungkin tidak lah best.

Keempat, saya nak meminta maaf kepada kekasih hati saya iaitu Dian Angreny Bt Bahri, ajan nak minta maaf kalau selama ajan berkasih dengan sayang ajan ade marah-marah sayang, kutuk-kutuk sayang dan membolehkan sayang benci pada ajan. Ajan tahu ajan banyak buat salah pada sayang, ajan selalu tak menjaga hati sayang. Ajan minta maaf selama ini, dan ajan nak tahu yang ajan betul-betul sayang dan cintakan sayang dan ajan juga berharap satu hari nanti kita akan bertemu jodoh serta dapat mengikat janji hingga akhir hayat.. insaALLAH...

Kelima, kepada kakak angkat saya iaitu Siti Zuliana Bt Mahmood adik nak mintak maaf kat akak selama kita berkenalan. Adik tahu, adik banyak susahkan akak, banyak mengganggu akak, banyak kacau akak dan sejujurnya adik tak ada niat lain selain nak merasai adanya seorang kakak yang penyanyang macam akak. Adik nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung ibu jari kaki dan halal kan segala makan dan minum adik.

Dan yang terakhir sekali, kepada semua yang mengenali ajan mahupun secara lansung ataupun tidak lansung ajan nak minta maaf atas segala kesalahan yang pernah ajan buat kepada kamu semua. Ajan menggaku, ajan memang nakal dan ramai yang tersinggung dengan kata-kata ajan yang sukar untuk dimaafkan dengan rasa rendah diri dan hina ajan menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf pada semua orang yang ajan sebut serta tidak dalam catatan ini.

p/s: jangan lupa dengan permintaan ajan sebelum ini.

2 Responses to “Maafkanlah Diri Ini.”

  1. ok..
    anda dmaafkn..
    haha~ =D