Archive for Mac 2010

JPJ Test's


.

Alhamdulillah, syukur ya Allah.. Tamatlah segala ketakutan yang melanda di jiwa dek sudah lepas daripada ujian JPJ bagi kedua-dua lesen yang aku duduki iaitu lesen kelas B2 dan D.

Walaupun tidak mendapat markah penuh, namun segala titisan peluh yang menitis di tengah hari berbaloi apabila mendapat tahu bahawa ujian JPJ sudah lulus. So sekarang aku memegang lesen P yang akan diberi tempoh 2 tahun.

p/s: kene sound dengan abang JPJ dekat bukit..hahahaha

Rempit:)


.

'Hujan yang turun bagaikan mutiara' petikan dari lagu Hujan yang telah didendangkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Bukan nak mempromosikan lagu ini, tapi kisah ini baru aku lalui pada hari Sabtu bersamaan 20/3/2010.

Pada hari itu, aku bersama Fikri, Farizul dan Fakar (3F) telah pergi ke pameran pendidikan yang telah diadakan dalam bangunan Persada Johor. Ini merupakan kali pertama aku masuk ke dalam bangunan yang telah menganjurkan pelbagai acara dalam peringkat antarabangsa, aku bangga menjadi anak Johor..hahaha

Bukan nak cerita ini, untuk sampai ke sana kami melalui perjalanan yang amat memeritkan. Dengan menggunakan motosikal Yamaha 135 LC milik Fikri dan Farizul, akhirnya sampai juga kami di sana. Seawal jam 8 pagi hujan sudah mula turun, hampir dua jam kami menunggu hujan berhenti namun ia terus membasahi bumi.

Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dalam keadaan hujan, dan disitu lah bermulanya kami basah dek terkena titisan hujan. Kami berhenti makan di Peladang Johor dan disana Farizul telah menyelamatkan keadaan. Pada jam 3 petang, kami telah sampai di bandar raya Johor Bahru.

p/s: pertama kali naik motosikal dalam keadaan hujan, kenangan+++

Alhamdulillah Ya ALLAH....


.

Akhirnya, cita-cita 11 Mac aku menjadi satu kenangan yang terindah buat hidup aku. Sekian lama aku belajar, akhirnya membuahkan hasil yang amat menggembirakaan hati aku ini. Bermula cerita, iaitu keputusan peperiksaan penting dalam hidup aku dan antara keputusan yang aku perolehi:

  1. UPSR- 1A,3B,1C
  2. PMR- 3A,3B,2C
  3. SPM- 4A,2B,2D,1E,1G

Walaupun agak cacat di mata korang, tapi keputusan ni adalah yang terbaik+terhebat+terpower++ yang aku pernah buat dan semua ni akak tercatit sebagai memori kehidupan sekolah aku.

Dalam keputusan UPSR aku, ianya ialah sebuah kisah yang dongeng bagi aku bukan apa cerita yang akan aku ceritakan mungkin gila. Masa darjah enam dahulu, nama kelas aku 6 Sejahtera dan iulah kelas terakhir. Aku bukanya budak pandai macam adik-beradik aku yang lain, walaupun mak aku seorang guru sains yang hebat. Tapi sekian lama aku membelajarkan diri aku, Alhamdulilah keputusan ini yang aku perolehi.

Seterusnya PMR aku, time ni aku menduduki kelas kedua dan diberi nama 3 Bersih tahun ini juga diangap tahun mencabar bagi aku. Ada seorang hamba Allah yang mengeluarkan ayat ini 'kau no berapa jan? macam mana lah kalau ayah kau tahu'. Masa ni, aku baru kehilangan atuk sebelah ibu aku, sebagai cucu yang soleh aku korbankan kertas ujian pertengahan tahun aku untuk menziarah arwah. Dengan adanya ayat hamba Allah tu, aku berazam akan berusaha bersungguh-sungguh walaupun masa itu aku terasa dipulaukan oleh kawan-kawan.

Al-kisah tentang SPM pula, tahun ini merupakan tahun yang paling mencabar bagi aku dan aku sudah mula berdikari pada tahun ini. Dalam kelas yang aku duduki, iaitu 5 Teknikal aku merupakan pelajar melayu yang paling lemah. Selalu je kena marah dengan cikgu, lagi-lagi dengan Cikgu Habibah. Pelbagai masalah yang timbul pada tahun ini, antaranya masalah kawan,keluarga,cinta,wang dan lain-lain. Dan pada pertengahan tahun bermulalah semangat rentap aku, walaupun masa itu aku dicaci dengan pelbagai tomahan tapi hati aku kuat bersama guru-guru, sahabat rapat,kakak angkat serta kekasih aku. Walaupun ade yang gagal, tapi hati aku menjerit kegembiraan kerana kejayaan yang aku peroleh melebihi seseorang seperti aku mahukan. Nasihat aku kepada rakan-rakan berusaha bersungguh-sungguh dan anda pasti berjaya.

Terima Kasih Kepada Guru:

UPSR- Pn. Zarina (bm) En. Fong (mm), Cik. Prema (bi) dan Pn. Sa'diah a.k.a mak (sc)
PMR- Cik. Zarina & Pn. Kamisi (bm), Pn. Pakiam & En. Nabit (bi), Pn. Norhazelina & Pn. Zuraiha (sj), En. Helmi & Cik Umi (mm), En. Affendi & Pn. Rafidah (kh), Pn. Aishah, En. Wan Muhd Hisham & En. Matzalan (geo), En. Yusmadi & Pn. Masfaiza (pi), En. Zaini & Cik. Che Ku Norrizam (sc)
SPM- Pn. Habibah (bm), Cik. Saraswati (bi), Cik. Sarinah (sj), Pn. Badariah (pi), En. Nabit (mm), En. Zaini (km), Pn. Natrah (fz), Pn. Rafidah (lkj), Pn. Haslinda (tasswur), En. Ellengoven (mt), Pn. Roziana (penaik semangat), Cik. Siti Zuliana a.k.a kakak angkat (pebimbing)

Happy Birthday Anwar


.


Bro sorry sangat-sangat sebab aku lambat wish kat kau, bukan ape ni aku baru je dapat online.
Aku harap semoga kau panjang umur dan dimurahkan rezeki, belajar elok-elok dan apa yang penting semoga persahabatan kita kekal.

To Bejan


.


Assalamualaikum w.b.t

Sis sabar lah, sebenarnya kau sedang diuji dan kau sendiri pun tahu kan ayat aku semua ini disebabkan perangai 'manusia'. Pasal F tu, kau buat don't know dan don't want sahaja.

Yang bab kau balik JB tu, small jelah. Maybe hati kau dah tak ada kat kulai lagi, yang ini memang lumrah dan fitrah manusia. So faham-faham lah ya.

Dan lagi satu, bab result SPM yang bakal keluar ini walaupun orang yang kau sayang dah tiada, tapi orang yang sayang kau sentiasa ada. Ingat member-member semua support kau, jangan lah terlalu bawak diri dan rendah kan diri. Kalau kau tak ade sapa-sapa nak story, aku kan ada dah nama pum 'member yang suke nyakat kau' hehehehe.

Apa-apa hal friend for eva okey!!