Alhamdulillah Ya ALLAH....


.

Akhirnya, cita-cita 11 Mac aku menjadi satu kenangan yang terindah buat hidup aku. Sekian lama aku belajar, akhirnya membuahkan hasil yang amat menggembirakaan hati aku ini. Bermula cerita, iaitu keputusan peperiksaan penting dalam hidup aku dan antara keputusan yang aku perolehi:

  1. UPSR- 1A,3B,1C
  2. PMR- 3A,3B,2C
  3. SPM- 4A,2B,2D,1E,1G

Walaupun agak cacat di mata korang, tapi keputusan ni adalah yang terbaik+terhebat+terpower++ yang aku pernah buat dan semua ni akak tercatit sebagai memori kehidupan sekolah aku.

Dalam keputusan UPSR aku, ianya ialah sebuah kisah yang dongeng bagi aku bukan apa cerita yang akan aku ceritakan mungkin gila. Masa darjah enam dahulu, nama kelas aku 6 Sejahtera dan iulah kelas terakhir. Aku bukanya budak pandai macam adik-beradik aku yang lain, walaupun mak aku seorang guru sains yang hebat. Tapi sekian lama aku membelajarkan diri aku, Alhamdulilah keputusan ini yang aku perolehi.

Seterusnya PMR aku, time ni aku menduduki kelas kedua dan diberi nama 3 Bersih tahun ini juga diangap tahun mencabar bagi aku. Ada seorang hamba Allah yang mengeluarkan ayat ini 'kau no berapa jan? macam mana lah kalau ayah kau tahu'. Masa ni, aku baru kehilangan atuk sebelah ibu aku, sebagai cucu yang soleh aku korbankan kertas ujian pertengahan tahun aku untuk menziarah arwah. Dengan adanya ayat hamba Allah tu, aku berazam akan berusaha bersungguh-sungguh walaupun masa itu aku terasa dipulaukan oleh kawan-kawan.

Al-kisah tentang SPM pula, tahun ini merupakan tahun yang paling mencabar bagi aku dan aku sudah mula berdikari pada tahun ini. Dalam kelas yang aku duduki, iaitu 5 Teknikal aku merupakan pelajar melayu yang paling lemah. Selalu je kena marah dengan cikgu, lagi-lagi dengan Cikgu Habibah. Pelbagai masalah yang timbul pada tahun ini, antaranya masalah kawan,keluarga,cinta,wang dan lain-lain. Dan pada pertengahan tahun bermulalah semangat rentap aku, walaupun masa itu aku dicaci dengan pelbagai tomahan tapi hati aku kuat bersama guru-guru, sahabat rapat,kakak angkat serta kekasih aku. Walaupun ade yang gagal, tapi hati aku menjerit kegembiraan kerana kejayaan yang aku peroleh melebihi seseorang seperti aku mahukan. Nasihat aku kepada rakan-rakan berusaha bersungguh-sungguh dan anda pasti berjaya.

Terima Kasih Kepada Guru:

UPSR- Pn. Zarina (bm) En. Fong (mm), Cik. Prema (bi) dan Pn. Sa'diah a.k.a mak (sc)
PMR- Cik. Zarina & Pn. Kamisi (bm), Pn. Pakiam & En. Nabit (bi), Pn. Norhazelina & Pn. Zuraiha (sj), En. Helmi & Cik Umi (mm), En. Affendi & Pn. Rafidah (kh), Pn. Aishah, En. Wan Muhd Hisham & En. Matzalan (geo), En. Yusmadi & Pn. Masfaiza (pi), En. Zaini & Cik. Che Ku Norrizam (sc)
SPM- Pn. Habibah (bm), Cik. Saraswati (bi), Cik. Sarinah (sj), Pn. Badariah (pi), En. Nabit (mm), En. Zaini (km), Pn. Natrah (fz), Pn. Rafidah (lkj), Pn. Haslinda (tasswur), En. Ellengoven (mt), Pn. Roziana (penaik semangat), Cik. Siti Zuliana a.k.a kakak angkat (pebimbing)

2 Responses to “Alhamdulillah Ya ALLAH....”

  1. congrat!
    choiyok2..neva gvup!

  2. [AJAN]:d says:

    thanks..
    same lah ngn awk..