Rempit:)


.

'Hujan yang turun bagaikan mutiara' petikan dari lagu Hujan yang telah didendangkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Bukan nak mempromosikan lagu ini, tapi kisah ini baru aku lalui pada hari Sabtu bersamaan 20/3/2010.

Pada hari itu, aku bersama Fikri, Farizul dan Fakar (3F) telah pergi ke pameran pendidikan yang telah diadakan dalam bangunan Persada Johor. Ini merupakan kali pertama aku masuk ke dalam bangunan yang telah menganjurkan pelbagai acara dalam peringkat antarabangsa, aku bangga menjadi anak Johor..hahaha

Bukan nak cerita ini, untuk sampai ke sana kami melalui perjalanan yang amat memeritkan. Dengan menggunakan motosikal Yamaha 135 LC milik Fikri dan Farizul, akhirnya sampai juga kami di sana. Seawal jam 8 pagi hujan sudah mula turun, hampir dua jam kami menunggu hujan berhenti namun ia terus membasahi bumi.

Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dalam keadaan hujan, dan disitu lah bermulanya kami basah dek terkena titisan hujan. Kami berhenti makan di Peladang Johor dan disana Farizul telah menyelamatkan keadaan. Pada jam 3 petang, kami telah sampai di bandar raya Johor Bahru.

p/s: pertama kali naik motosikal dalam keadaan hujan, kenangan+++

One Response to “Rempit:)”

  1. pat0t ar kaw x r0ger aq ea br0??
    pdhal kte deal nk g sme2 an bende nie??(^_~)