Archive for November 2010

21 Oktober 2010 (6 Rendah 2)


.

Tarikh keramat bagi seorang 'bekas' pelajar PRA-U iaitu aku, tarikh ini hari terakhir aku memakai baju sekolah. Selama hampir 6 bulan aku bersekolah dekat sini, berbagai ragam yang aku nampak, ada yang baik dan sebaliknya. Sebenarnya hanya beberapa orang je yang tahu yang hari tu hari terakhir aku, aku ni bukan sesiapa untuk dikenang tak besar lah jasa aku kat korang semua. Sekarang aku akan menceritakan segala kisah kawan-kawan aku :)



Nama mamat ni MUHAMMAD FAQRUDDIN (betol kot?) dia ni duduk sebelah kiri aku, aku dan kawan panggil dia Wak. Masa detik-detik pertemuan kami, ayat macam gay tu. Tak adalah, mamat ni antara yang rapat lah dengan aku bukan sebab apa, sebab aku lebih hansem dari die lagi pun die ni sebenarnya ADIK!! muka je dah tua tapi masih adik *like

Kita beralih pada mamat ni, nama dia THIAGU. Dia ni duduk sebelah kanan aku, kalau layan cerita dengan dia memang tak boleh berbisik mesti dengan kuat dia nak cerita.hahahaha. Nama glamor die Arip Shah, selalu bila gaduh dengan 'mak cik kepoh belakang' die ni antara orang yang beckup dengan aku!
Kita beralih pula kepada si berapi iaitu Zurina. Antara budak dalam kelas aku, dia ni lah paling banyak dibuli oleh aku. Banyak gila binatang yang dia takut seperti cicak, kucing dan tupai. Nama pendek dah lah zoo, tapi takut dengan binatang. hahaha. Antara trademark dia kasut, baldi dan berapi.

Ini dia anak polis, nama dia SHAHIMA. Dia ni sebenarnye ada skandal dengan Tan Lai Soon, kalau korang tak percaya tanya Lai Soon. Dia ni kalau bosan mesti menyanyi, lagi-lagi lagu duet yelah nak berduet dengan Lai Soon kan. hahaha. Apa yang penting raya rumah dia, makanan dia banyak dan sedap. Trademark dia 'kau pernah rasa tak duduk dalam bilik gelap?'

Ah, yang ni HANIFAH. Konon lah nk buli aku, tapi dia yang kene buli dengan aku. Walaupun dia ni 'kecil' tapi api yang dikeluarkan umpama main bunga api. hahahaha. Kalau buat bahas dengan dia, tak payah cerita lah dia mesti kalah. Tapi bila dia marah, zurina & shahima je yang boleh pujuk. Tradmark dia 'awak pakai *aju d*la* tak?'

Beralih pula kepada tauke Pizza Hut iaitu AMIRA. Kalau korang nak tau, pengasas pizza hut bukan lah dia. hahaha. Dia nia pengasas perak (sebutan macam berak). Daripada dulu aku mintak pizza dari dia, tapi tak pernah-pernah dapat. Alasan dia, nanti pizza basi. Trademark dia '1-300-88-tupai-tupai'

Ini dia penolong aku, PANG SZE ROU. Dia ni satu-satunya perempuan cina dalam kelas aku, yang aku pelik kenapa dia sorang je kat sini. Dia ni dah 4 tahun satu kelas dengan aku dari indahpura lagi. Satu yang aku ingat kat di, masa kat indahpura dulu dia tak pernah nangis. Tapi bila kat starp, dua ekor manusia ni kacau dia sampai dia boleh nangis!! Trademark dia 'jahil!'


Cerita secara rawak
Wanie- Dia ni bendahari kelas, tapi dia tak pernah mintak duit dengan aku. Itu yang pelik, suci sangat ke muka aku ni?? hehehe. nama popular dia 'wanie the pooh'

Fatin-Walaupun kau ni sewel, tapi kau tetap dengan paan kan? hahaha. Dah blajar betul-betul, ni STPM bukan SPM. hidup alex!

Mida- Dia ni kakak kepada thiagu, aku rasa kakak kandung kot. hehehe. So jaga thiagu betul-betul.

Rina & Yana- Diaorang ni madah berkepit je, kalau ade dorang mesti ade wak. Aku rasa baik wak tukar jantina, baru lah 'ayu'. hahaha

Md Nor & Zul- Mamat ni lah yang selalu main futsal dengan aku, lain kali kalau ade match 'free', ajak lah aku.

Tan Lai Soon- Cerita dia paling menarik, kalau tak silap aku dia ni ada suka ramai perempuan. Dalam kelas aku je ada 3 orang dia suka, tapi cinta dia paling berbunga pada shahima. huhuhu. Lai Soon ni pandai sejarah, sama lah dengan aku cuma aku ni tak pandai menulis fakta cuma auta.

Ash- Yang dia ni, nama dia glamor 1 sekolah. Sebab dia ni pandai bercakap, tapi bila bab perbentangan lagi-lagi bila aku tanya soalan konferm dia keluarkan fakta sendiri. Alah adat lah tu, ajan has a power question. hehehe

Pavi & Maha- Mereka ni budak 'baik', so di sini aku nak bercerita pasal diaorang. Tapi bila dieorng pergi kantin, ku mesti order roti john. hehehe

Anita- Satu hari nanti, aku rasa dia akan bukak salon rambut. Nanti bila you dah bukak salon, call I tau sebab I nak free hair cut.

Atun & Zana- Diaorang ni memang muka belajar, so aku jarang lah kacau diaorang. Bila perbentangan je aku kacau diaorang, tapi yang power nya diaorang boleh jawab soalan aku. Maybe soalan aku mudah kot.

Semua*- Terima kasih atas jalinan yang telah kamu semua berikan pada si rabun ini, harap kita akan bertemu di menara gading satu hari nanti