Archive for Januari 2011

Kegembiran Di Sebalik Kesedihan


.


Assalmualaikum semua, disini ada tiga cerita aku nak cerita dan tajuk di atas melambangkannya.

Pertama: Alkisah seorang kawan aku ni, dia ni jadi ketua dalam projek. So aku pendek kan cerita, satu hari dia ni tak sihat so pergilah jumpa Doktor. Disebabkan ketidaksihatan dia, kawan aku ni ditimpa eksiden. Satu malam ditahan dalam wad, aku terkejut jugak masa tu sebab bangun dari tidur je ada satu massage. Sekarang syukur Alhamdulillah dia dah semakin sembuh. Orang yang tahu dia eksiden pon tak ramai, hanya berapa orang sahaja. Aku antara orang yang tahu lah, sekarang ni kawan aku tengah rehat kat rumah.
p/s: hati-hati masa bawak motor =)

Kedua: Alkisah seorang lagi kawan aku, ayah dia sekarang tengah sakit jantung dan paru-paru. Aku tau cerita ni pon dari FB dia. Kesian aku tengok kawan aku ni, nasib baik kolej dia tak jauh dengan rumah dia. Hari tu aku call dia, dengar suara dia pon aku dah tau yang dia ni memang tengah ada masalah. Kepada yang berkenan, aku doa kan semoga ayah kau sembuh..amin
p/s: aku boleh tolong kau bila kau susah, itu lah kawan :)

Ketiga: Alkisah tengah-tengah main FB, tiba-tiba ada member lama comment kat gambar kawan aku. So aku gurau-gurau lah dengan dia, tapi apa punya pasal dia marah-marah aku tiba-tiba. Aku pon tak tau kenapa. Kepada yang berkenan, maaf lah sebab buat kau marah.
p/s: aku tak boleh bergurau dengan orang yang marah aku =/

Kisah dia pendek je, tapi sebenarnya dalam. Disebalik kita gembira, kawan-kawan kita akan ada merasai kesedihan. Mungkin kita tak nampak kesedihan yang kawan kita rasai tapi kesedihan itu ada ubatnya jika kita mengembirakan hati kawan kita. InsyaALLAH, aku akan buat kawan-kawan aku gembira =)

Kehidupan Di Sini :-)


.








Beginilah kehidupan di satu tempat yang baru, majoriti dalam gambar ini ada Zul dak JB, Saiful dak Penang, Zein dak Selangor, Fendi dak Perak dan Quyom dak Kl. Muka aku adalah muka yang biasa ada dekat V4, yelah budak yang tak balik rumah hujung minggu almaklum rumah jauh.

Secara majoritinya, kehidupan kat sini okey lah dan masih tiada apa yang nak dirisaukan. Rasa rindu kat kulai itu tetap ada. Lagi-lagi rindu dekat mak abah,kekasih, adik-beradik, kawan-kawan sekolah menengah dan form six,cikgu-cikgu sekolah dan semua yang kenal aku.

Kepada kawan-kawan baru aku, tak lama lagi korang kenal lah aku ni macam mana orangnya. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak tahu. So salam perkenalan kepada semua kawan-kawan DUB!!

p/s: nak lawan blog dengan wawan aka aci..hahahaha