Archive for Februari 2011

Cerita 3 a.m


.

Pengawas Form 5 2009


Assalamualaikum w.b.t salam 1 Malaysia, pada jam 3 a.m ini kawan aku yang 'brutal' telah memekak iaitu menjerit sampai satu poly dengar. Siapa orang itu, biarlah rasia hanya aku dan dia-dia-dia saja yang tahu.

Bila dah pagi-pagi macam ini, bila tengok gambar dalam pendrife teringatkan kenangan masa dekat sekolah dahulu. Banyak sebenarnya kenangan yang telah aku pahatkn dekat sekolah aku dulu, macam-macam kenangan pahit dan manis yang telah aku cipta.

Tapi apa kan daya, tinggal kenangan semuanya. Semua kawan-kawan aku mengejar cita-cita mereka, yang penting aku doakan kejayaan kawan-kawan aku. Korang jangan lah lupa kan insan yang bernama AJAN ini. Kepoyoan aku tetap macam dulu lagi, aku tak pernah berubah dan susah nak berubah.


Berbulan Di Negeri Orang


.


Assalamualaikum w.b.t, agak lama aku tak update blog sirabun aku ini. Rasa malam ini tangan macam nak menaip. Dah hampir penghujung semester satu dah aku sebagai pelajar PSAS, dalam diam-diam sekejap je masa berlalu.


Banyak halangan yang aku lalui semasa di sini, di samping itu jugak suasana rumah menjadi ingatan dalam hati aku. Bukan apa, rindu dekat keluarga dan kawan-kawan dekat kulai tu. Apa lah khabar mereka semua itu, entah ingat ke tak dekat aku ini?

Hidup aku dekat PSAS ni sempoi je, tak payah runsing-runsing buat pening kepala je. Padahal dalam otak aku ni, ALLAH sahaja yang mengetahui.

Pergilah melawat blog kawan sekolah dulu, bila baca post dia. Agak menyentuh perasaan disebabkan lagu dan post yang dia buat tu. Ada gambar aku dalam post dia, bila tengok gambar itu je teringatkan suasana dekat Kulai. Tapi apa kan daya, semua orang tengah belajar dan masa yang paling kita ingat adalah waktu persekolahan.

Tak salah kalau kita belajar adat orang, tapi dalam masa yang sama kita perlu membudayakan adat kita. Aku sebenarnya tak kekok untuk memberi ilmu kepada orang, oleh ittu kelab tarian zapin yang selama ini aku nak tubuhkan telah pon terlaksana.

KLKM, empat huruf yang agak memenatkan aku. Dengan kertas kerja, program lain lagi urusan kedai jualan. Penat memang penat tapi bila ada kawan buat kerja sama-sama dengn kita maka penat tu tak merasa.

Masalah negara sekarang ini antara budak-budak DUB, masalah pucuk kepimpinan telah menyebabkan kelas aku ini agak porak-peranda. Aku bukan ada kuasa untuk capur tangan dalam hal ini, tapi aku akan bertindak bila benda ini dah mula merebak dalam satu kelas.

Fasal seseorang ini, makin lama makin berubah perangai dia. Susah nak menghubungi dia, mukin ini dipanggil qada' dan qadar dari ALLAH. Aku redha dengan ketentuan ilahi andai kata kebenaran yang diselami adalah benar.

Dalam bulan ini, ramai aku ingat kawan-kawan aku. Bukan apa masa dulu aku yang tolong selesaikan masalah diaorang, entah apa lah keadaan diaorang sekarang. Kepada yang berkenaan, ada apa-apa masalah hantar je massage dekat nombor aku =)

Sekian, Terima Kasih
WASSALAM....