Finally!


.

Assalamualaikum Sekian empat bulan aku berada di negeri orang, akhirnya balik semula ke tanah negeri sendiri iaitu Johor. Berbagai-bagai cerita nak dikongsi dengan korang semua, tapi masalahnya korang nak dengar ke cerita aku ini? Agak lama aku tak memperbarui blog ajansirabun ini, bukan apa hidup aku agak susah dekat politeknik.


Apa lah agaknya kawan-kawan johor aku tengah buat sekarang ini? lama betul tak jumpa korang nanti ada masa lepak lah sama-sama. Ada yang belajar dekat Kulai, Perak, Pahang, Melaka, Johor dan lain-lain. Tapi ada sesetengah kawan mana ingat kawan, yelah dah jumpa kawan baru main nak berkawan dengan kawan lama. Itu lah adat dalam persahabatan, redha jelah wahai en ajan.

Aku cuti ni sebenarnya dua bulan, tapi disebabkan banyak aktiviti yang akan diadakan masa cuti semester ini menyebabkan cuti aku tak lama. Selama cuti semester ini, aku harap dapat lah mengrihatkan badan aku yang tengah penat dek banyak kerja dekat poli terutamanya kerja-kerja pengakap.

Dunia tarian zapin sebagai tempat melepaskan kesakitan, biasalah itu. Show pun dapat biasa-biasa sahaja, harap semester depan dapatlah penari-penari lelaki yang 'gagah'.