Archive for Jun 2011

Sekali Pengakap Selamanya Berpengakap!!


.


Asnawi cuba mengalahkan kemachohan aku


Assalamualaikum w.b.t
Lama tak post blogger ni, pejam celik pejam celik dah nak habis dah cuti aku. Dah dua bulan sebenarnya aku cuti tapi bila kira-kira balik sebulan sahaja aku duduk rumah yang selebihnya aku melibatkan diri aku pada aktiviti pengakap.

Selepas ini aku akan teruskan pengajian dalam semester 2, dah lah duduk luar nak gerak mana-mana pon susah. Yelah kenderaan tak beli lagi masih memikirkan nak moto atau kereta. Alhamdulilah pointer semester satu ok, dan berharap semester 2 pon dapat kekalkan.

Aku juga berharap semester 2 ini, aku tak lah terlampau aktif dalam pengakap,zapin atau sukan sebab motif aku ialah berjaya dalam pelajaran.

Kepada kawan-kawan ku, selamat maju jaya dan dah belajar jauh-jauh tu jangan lah sampai lupa kawan.

p/s: harap-harap si dia dapat IPTA :)

12 Ciri Sahabat


.

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2 Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3 Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4 Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5 Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6 Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7 Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8 Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9 Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10 Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11 Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12 Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.