Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga =,=


.


Assalamualaikum w.b.t
kenapa masih berlaku benda maam ni eh? tak paham-paham lagi ke? cukup-cukup lah bawak perangai dulu..aku sebagai kawan kau terpaksa buat macam ini, bukan sebab apa aku dah penat nasihatkan kau. Tapi masalahnya kau yang tak makan saman, itu yang payah!

Dari awal lagi aku dah nasihatkan kau, sebenarnya dari dulu aku memang dah sakit hati dengan kau. Perangai lama janganlah bawak dekat tempat baru, tolong lah wei! jujur aku nak bagi tau dekat kau yang aku susah nak percaya dekat kau.

Banyak masalah dalam kalangan kita semua berpunca dari kau, baru aku sedar yang kau ni masalah utama dalam 6 sekawan.

Aku bukan tak tolong kau, dah banyak kali aku tolong. Tapi kau yang tak pernah tolong diri kau, aku bukan nak cari masalah kau tapi kau sendiri kena perbetulkan masalah kau sendiri. Kau kena ingat, masa ini lah kau kena perbetulkan segala yang salah sebab masa ini jelah kawan-kawan kau boleh tolong.

Jangan kata kawan makan kawan,
Jangan kata kawan lupa kawan,
Jangan kata kawan tak tegur kawan,
Tapi katakan diri tak dengar kata kawan.

Nasihat terakhir aku, kau berubahlah tak salah kalau kau yang mula dulu. Bila kau dah mintak maaf, terus lupuskan segala sikap-sikap lama kau dulu sebab sikap kaulah makan diri kau sendiri.

p/s: manusia sentiasa buat kesilapan, tapi kalau kesilapannya berulang, bukan dipanggil kesilapan tapi dipanggil $%!*&....


One Response to “Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga =,=”

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.