Ramadhan oh Ramadhan!


.


Ketemu lagi kita ye :) assalamualaikum w.b.t dah lama tak update blog ajansirabun ni, bukan apa assigment bertimbun. Pejam celik, pejam celik dah sampai dah kita dalam bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan.

  • Al-kisah sebelum bulan Ramadhan
Aku mula mendaftar masuk bagi semester 2 pada 6 Julai dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar ketika proses pendaftaran.Pada hujung minggu itu pula aku telah pergi ke Politeknik Ungku Omar bagi mewakili PSAS dalam pertandingan sepak raga di samping itu juga, aku membuat persembahan tarian.

Sebelum datangnya bulan ramadhan, setiap hujung minggu aku mempunyai pelbagai aktiviti pengakap dan kelab tarian. Di sebabkan ini semua, markah quiz aku jatuh sikit sebab aku tak sempat nak membaca.

  • Al-kisah menarik masa puasa
Pada awal puasa memang badan agak letih, nanti pertengahan puasa okey lah semua. Pada minggu pertama puasa iaitu 5/8/2011 aku tinggal keseorangan di rumah disebabkan semua kawan serumahku pulang ke kampung untuk berbuka puasa dengan keluarga tersayang.

Agak sedihlah sebab buka seorangan, sahur seorangan inilah kali pertama aku sambut ramadhan berjauhan dengan keluarga tercinta. Yelah 'rumah kan dekat Johor', kadang-kadang teringat masakan mak macam mee goreng, roti jala dan lain-lain. Rasa macam nak balik johor je.

  • Al-kisah nak balik raya
Sebenarnya kawan seJohor aku ni takut tiket bas habis, yelah mana tau tak dapat balik beraya dekat halaman kampung. Tapi InsyaALLAH, tiket ada lagi wahai Mohamed Zulfadhli. Harap-harap perjalanan pulang aku ke Johor nanti akan selamat pergi dan pulang. Selmat Hari Raya ;-)