Archive for November 2011

Kancil Hijau


.




Terasa Di Syurga


.

Cerita Budak POYO


.


Apa salah aku? Apa khilaf aku? Semenjak dari dulu lagi pekara ini mesti berlaku, kadang-kadang aku terpikir ‘ini ke tempat aku?’ berbagai dugaan dan cabaran aku dah tempoh adakah ini dipanggil dugaan ALLAH S.W.T

Memang betul hidup ini umpama roda, ada masa kita di atas ada masa kita di bawah. Dapat bayangkan tak bila semua jenis sampah ada dalam poket seluar kita? Macam mana keadaan si pemakainya? Apakah perasaannya? Itu lah keadaan aku sekarang, macam-macam pekara yang perlu dan tengah aku pikir sekarang.

Pekara ini sebenarnya dah lama aku pendam, entah sejak bila aku tak ingat. Tapi dekat siapa? Sebab apa? Itu antara aku dengan ALLAH. Sekarang aku umpama ‘terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu’. Jiwa aku sekarang sangatlah tidak tenteram, aku perlu kan air untuk diredakan, tapi tiada, yang ada hanya api yang akan merebak.

Dulu aku dapat kawal perasaan ini, tapi itu dulu sekarang tidak lagi. Ini ke tempat aku? Semenjak aku dekat sini, semua yang aku buat tak betul ada sahaja yang salah. Buat baik dipandang serong, buat jahat apatah lagi. Salah diri aku nampak, salah diri sendiri? Aku tahu siapa diri aku, aku tau macam mana diri aku. Kau hebat, kau bagus dan aku bukan macam kau.

Bila nak sesuatu datang, bila dah dapat hmm..aku bukan nak harapkan balasan, tapi aku nak keiklasan. Dari dulu aku tak nampak siapa kawan, siapa lawan yang aku nampak semua kawan. Hidup aku bukan menyakitkan orang tapi menggembirakan orang. Siapa kenal aku, dia akan tahu cara aku.

Di sini aku kontang-kanting, semua buat hal sendiri. Aku nak cari erti persahabatan dalam kamus hidup aku, tapi….

Aku tak bagus macam kau, aku tahu aku poyo tapi poyo aku bantu diri aku. Kalau diikutkan hati dan perasaan memang aku nak tegur, tapi aku tak layak. Kau memang betul dan aku yang salah.

Aku nak sahabat, bukan nak lawan. aku pernah kena maki dengan kau dan aku terima, tapi aku tak pernah maki kau. Kau tegur aku, tapi ada cara untuk menegur. Aku terima cara kau. Tapi kau?

Sekarang aku banyak diamkan diri, sebab aku tahu diri aku tidak seperti dahulu. Aku ingat lagi waktu dulu, gembira aku disebabkan sahabat. Tapi sekarang di sini lain, gembira aku disebabkan apa? Aku tak mampu tegur kau kerana kau lebih bagus dari aku. Dunia aku sangat kecil berbanding dunia kau.

Yang aku mampu ungkapkan, aku sedar diri aku. Aku tahu di mana diri aku sekarang, dulu aku tolong orang sekarang aku tolong diri aku walaupun dalam keadaan sakit. Mungkin aku tak layak berada di sini dan tak layak digelar ‘sahabat’ pada diri kau. Aku tahu aku layak dipanggil apa, aku terima dengan bangga apa ‘watak’ aku sekarang. Doa aku kepada kau semoga kau Berjaya dunia dan akhirat.

p/s: kau bukan seorang, tapi korang..