Kawan Saya (Edisi Johor)


.

Noor Ridhwah bt Noor Baharim ini adalah lebih dikenali dengan pangilan 'aci', kami kenal sejak tingkatan 6 dan selalu sangat aku membuli dia dengan pangilan yang agak merepek. Lagu yang selalu aku nyanyi depan dia adalah 21 Guns. Sekarang dia menuntut dekat Politeknik di Kedah, dalam Diploma Kejuteraan Awam. Walaupun dia baru pindah berdekataan dengan rumah aku, tapi aku tak pernah pergi rumah dia dan ini merupakan satu fakta ! Boo sama aci~


Muhammad Fahrorazi Bin Abdullah ini antara kawan terbaik yang pernah aku dapat dan antara berjaya. Dia sekarang belajar dekat UiTM Diploma Perladangan, bakal jadi orang kuat Felda lah dia ini. Dulu masa bangku sekolah, aku paling suka nyakat dia sebab apa walaupun dia kuat touching tapi dia tak ambil hati dengan apa yabg aku cakap. Dia adalah antara kawan yang berhubung dengan aku selepas tamat bangku persekolahan.




Muhammad Faqruddin, ini kawan aku masa aku di Tingkatan 6 dekat STARP. Walaupun tempoh pengenalan aku dengan dia singkat tapi banyak benda aku dah kongi dengan dia. Perbezaan aku dengan dia tak banyak, cuma yang bezanya aku rabun dan dia tidak



Thiagu, kawan Tingkatan 6 juga dan merupakan orang yang mempunyai banyak keturunan. Di ni ketua pengawas Taman Puteri, kira satu jawatan dengan aku. Kawan dengan di ni memang best sebab macam-macam benda boleh layan dengan di ni.


Mohd Fahmee Bin Hairuddin, (di belakang) dia ini aku mula kenal masa tingkatan 1 lagi. Dulu ni dia seorang yang panas baran tapi semenjak jijie (sebelah aku) ajar dia cara untuk control, dia sudah tak macam dulu lagi. Fahmi ni seorang yang giler game, kalau dia tak ada kat rumah Siber Cafe lah tempatnya. Sekarang dia belajar dekat PRA-U STARP.


Fatin Nur Ain Bt Mohd Yazid, yang ini kawan masa aku tingkatan 4 dulu. Dia ni baru pindah sekolah aku, sebelum dia masuk sekolah aku dia sekolah dekat SMKBP. Sekarang dia belajar dekat UiTM Diploma Bisness. Kadang-kadang kat FB aku sukang perang dengan dia dan selalunya aku yang menang !


Muhd Fikri Bin Abdul Jalil, antara kawan yang berhubung dengan aku selepas sekolah menengah. Dia sekarang belajar dekat MSU Diploma in Medical Assistance, dekat Shah Alam. Kalau ada masa, mesti aku pergi rumah dia sebab rumah dia yang dekat dengan aku. Sebelum aku masuk poli, aku banyak habis kan masa dengan dia dengan lepak. Sebelum SPM kitaorang selalu study group sama-sama.


Nur Nabila Farhana Bt Zainal, yang ini merupan Penolong Ketua Pengawas sekolah aku. Dia mula satu kelas dengan aku masa tingkatan 4. Sekarang dia belajar di Kolej Profesional Mara dekat Desaru Diploma Akaun. Dia sekarang dah tak duduk Kulai sebab dia kampung dia iaitu di Batu Pahat, so susah lah kalau nak jumpa dia.


Afdzan Nurul Fadzlin Bt Ab Aziz (bejan) merupakan Timbalan Ketua Pengawas SMKBP. Aku mula kenal dia masa Kem Kepimpinan Pengawas Daerah Kulai. Dengan dia ni aku banyak share problem, banyak secret yang dikongsi antara aku dengan dia, Sekarang dia belajar di UiTM Diploma Mascom, kalau nak tau aku yang tolong apply kos ini untuk dia sebab masa tu dia susah nak berinternet. Dia antara kawan yang berhubung dengan aku sekarang. Aku dengan dia tak banyak berbeza sebab aku seorang penari, dia juga seorang penari tapi dulu lah dan sekarang dia seorang ahli kumpulan nasyid. Dikhabarkan sekarang dia sedang dilamun cinta oleh seseorang.


Mohd Khairul Anwar salah seorang kawan aku. Kita orang mula rapat masa tingkatan 4 sebab dia satu kelas dengan aku, dan sampai sekarang aku berhubung dengan dia. Untuk pengetahuan korang dia ni seorang yang jiwang dan minat pada warna jambu dan ungu. Kalau kenakan orang memang hobi dia, tapi bila orang kenakan dia conferm muka merah padam gila. Sekarang dia ni menuntut di Pra-U STARP sama kelas dengan Fahmee


Muhammad Syahrin Bin Tumirin salah satu kawan rapat aku, sekarang dia menuntut di Pra-U SMKBT. Aku bersyukur dapat kawan macam dia, dia paling banyak membantu aku dalam matematik masa SPM dulu. Aku dapat banyak belajar kesusahan daripada dia sebab dia menceritakan segalanya kepada aku. Dia ini antara terbaik yang pernah aku peroleh, banyak pekara yang aku belajar dari dia.


Siti Maryam Binti Osmad yang ini kawan yang aku suka buli, aku selalu pangil dia Nek Yam. Kami mula kenal masa tingkatan 4, iaitu masa dia pindah masuk sekolah aku. Sekarang dia menuntut di KPM sama dengan Nabila. Peristiwa yang paling aku ingat dan akan dijadikan kenangan adalah ada satu hari ni aku marah budak-budak pengawas then aku suruh semua ketuk-ketampi dan pada hari itu jugalah dia tak bercakap dengan aku.

Umi Nur Iryani kawan aku dari tingkatan 1 dan untuk pengetahuan korang dia ni cinta monyet aku dan aku tak tau macam mana pekara itu boleh berlaku. Sekarang dia menuntut di Pra-U STARP iaitu mengambil jurusan syariah. Waktu sekarang aku kurang berhubung dengan dia disebabkan kekangan masa.


p/s: akan ada sambungan lagi :)