Archive for 2012

Untuk kau :)


.

Assalamualaikum w.b.t
lama sudah aku tak update blog aku ni, yelah praktikal memanjang sampai tiada masa untuk update blog ini. Alhamdulillah hidup aku masih dalam keadaan tenang walaupun hakikatkan luka yang lama masih tidak sembuh dan pastinya parut akan timbul :)

Hakikatnya aku kena terima, kesedihannya aku kena rasai dan ujiannya datang dari Ilahi :) Aku tahu Allah sedang uji hambanya, dan aku kena kuat!

Aku sebenarnya nak ceritakan pasal sahabat aku ini, nasib dia dalam percintaan sama dengan aku dan aku tau kau masih sayang kan dia tapi kalau orang tak nak kita, kita tak boleh paksa kan :)

Aku ini sahabat kau dan aku akan tolong kau bila kau dilanda masalah kawan. Yang lepas tu, biarkan jelah mulakan hidup baru dan kalau aku boleh kenapa kau tak boleh ? Percayalah ada lagi terbaik untuk kau di luar sana, dan ramai lagi mampu mengembirakan kau.

Apa yang aku boleh janji, aku akan gembirakan kau selagi aku deperlukan ye kawan. Sebab apa, tidak semestinya kita perlukan seseorang itu selamanya kerana satu masa nanti dia tidak lagi berguna untuk anda :)

Aku akan doakan kau lah kawan, sebab bagi aku kawan biar beribu. Kau carilah aku bila kau ada masalah, aku sedia membantu kau. Jangan sedih kalau orang itu tinggalkan kau sebab sebenarnya orang itu yang kehilangan bukan kau :)

Wassalam




Copy & Paste


.

Assalaamualaikum , hee hoo ! i really meaned it. its like something what we didnt expected. but true, we should accepted the fact that we're facing rite ? see, 7 januari 2012 about 6 am is like a magic thing to me . also felt happy, until i woke up early from my fwenz. actually i wanted that day is my happy day. no bad moods or else. imma big boy rite now jyeah ?! 

Warkah Terakhir


.



Assalamualaikum w.b.t
Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang pengganti. Ini lah pengganti aku nama dia Syafik Hilman, dia ini 1 tempat belajar dengan Dian. Bak kata dian, senang sikit nak jumpa orang yang kita sayang ni bila dia belajar satu tempat dengan kita. Huntonglahhh :p

Gambar ni masa dorang beramal dekat KL, pukul 3 pg lah kot.

Sedar tak sedah dia dah bersama dengan orang lain, jadi aku tak diperlukan lagi dalam hidup dia so buat apa aku ganggu hidup dia lagi kan ? Memang betol kata orang kadang-kadang kita berada di atas, dan kadang-kadang kita berada dibawah senang cerita hidup ini umpama roda yang berputar.

Dah lama aku sedar yang aku tak diperlukan dalam hidup dia, tapi hati aku tetap kuat katakan yang aku ini untuk dia. Tapi bila benda ini berlaku terjatuh aku dibuatnya, semenjak dari dia masuk U memang dia dah lain dan aku tahu dia akan tersangkut pada orang lain jugak.

Dia bukan jodoh aku, aku kena redha dengan pekara yang berlaku. Ini sejarah hidup aku, bila couple kena tinggal dengan perempuan dah masuk 3 orang tinggalkan aku macam tu je. Dengan dia ini, aku tahu memang silap aku tapi bila aku mintak balik dia tolak dan bila kali ketiga aku mintak dia tolak. Bila orang dah tolak kita sebanyak 3 kali, bermakna orang tu tak suka dekat kita then kita harus biarkan dia bahagia.

Sampai sekarang aku kena belajar untuk tengok dia bahagia dengan orang lain, hari-hari aku tengok Facebook dia baca comment2 dia. Bila 1 hari aku bukak fb, alangkah terkejutnya bila aku nampak gambar ini dan dari gambar ini aku tahu yang aku bukan lagi berada dalam hati dia. Dia sudah pon lupakan aku, dia sudah pon mulakan hidup yang bahagia tanpa aku tapi aku ?

Walaubagaimanapun saya tahu awak, awak tidak akan menangis bila saya pergi tapi awak akan menangis bila saya ganggu hidup awak lagi.

Sekarang hidup awak akan aman dan saya tidak akan ganggu hidup awak lagi sebab saya tahu saya tak layak untuk berada di sisi awak lagi. Hidup awak sudah dikelilingi dengan orang yang baik, orang yang mengambil berat pasal awak dan orang yang mencintai awak. Tiada sebab untuk saya bersama dengan awak. Saya pernah berjanji yang saya tak akan tinggalkan awak keseorangan, tapi sekarang awak tidak keseorangan awak ada kawan-kawan dan syafik so it's time to go.

Memang susah untuk dilupakan tapi ini realiti iaitu awak telah bersama dengan orang lain, jangan risau saya tak pernah salahkan awak even pekara macam ini sudah berlaku. Awak sendiri yang cakap, manusia senang berubah hati dan saya nampak awak. Jangan risau tentang saya lagi, risau tentang dia sahaja. Saya akan doakan korang berbahagia dan saya yakin korang berdua akan berbahagia.

Berjanjilah dengan saya yang awak akan mencintai syafik k? Tiada yang salah awak memilih dia, saya yakin dia akan membahagiakan awak. Saya tidak pernah membencikan awak sampai saya nak pergi dari awak, tapi saya tak nak ganggu lagi hubungan awak dengan dia. Cukup lah dulu saya dah ganggu hidup awak dengan orang lain, saya tak nak rampas awak dari orang lain.

Saya pergi dari hidup awak sebab saya tahu hati saya akan sakit bila lihat awak dengan orang lain, saya tiada pilihan lain ini sahaja jalannya. Tidak terlintas untuk membenci awak sebab saya pernah terbaca 'janganlah membenci orang itu sebab dia pernah membahagiakan kita'. Saya mintak maaf awak, memang hati saya pada awak lagi tapi hati awak tiada lagi tempat untuk saya. Memang hati kata sayang dan cinta, tapi mata yang sakit dan menderita. Saya redha dengan apa yang berlaku, biarkan saya pergi bawa diri jauh-jauh sebab saya tak nak sakit dan jatuh lagi. Maaf ye awak :(

p/s: Bro jaga dia elok-elok, sekarang dia amanah kau. Dia pilih kau dan bukan aku, pimpinlah dia ke syurga tau :)

True Story Of The Story


.

Assalamualaikum w.b.t
Lama aku tak update blog aku ini, dah macam rumah berhantu :) sekarang aku sedang tunggu detik-detik untuk memulakan perjalanan Latihan Industri ak selama 6 bulan dan pekara ini yang membuat kan aku berasa macam penat nak mulakan LI aku ini.

Untuk pertama kalinya, aku mengaku bahawa aku Muhammad Syazani Bin Md Khusaini tidak ada apa-apa hubungan dengan Dian Angreny Bt Bahri kami just berkawan. Bukan nak berbangga tapi sampai bila aku nak cakap yang aku still dengan dia padahal kami sudah tiada apa-apa. Sebenarnya sudah lama kami berpisah, namun aku terpaksa sembunyikan pekara ini sebab aku tak tahu nak cakap macam mana pada rakan-rakan serta sedara-mara aku.

Pekara berat untuk aku ungkapkan, tapi terpaksa aku telan kepahitannya. Aku sedar hubungan kami sudah tidak dapat diselamatkan lagi tapi hati aku tetap mengatakan aku kuat untuk sembungkannya kembali. Walhal aku tahu pekara ini akan berlaku dan aku terima walaupun sudah 4 tahun lebih hubungan kami namun sampai sini sahaja aku mampu menahannya. Banyak pekara yang aku telah pelajari dalam hubungan ini, susah senang kami akan bersama.

Cerita ini bukan aku paparkan untuk mencari perhatian pembaca, cuma baru sekarang aku bersedia mengaku untuk mengatakan segala-galanya. Hakikatnya sudah 7 bulan aku rahsia kan pekara ini, bila kawan tanya 'ajan, dian apa khabar?' dan 'korang masih bersamakan?' apa yang aku jawab 'awek aku sihat je' dan 'masih lah bro'. Ada Mak Jali tanya kat aku 'awek ajan orang mana?' dengan berat hatinya aku katakan 'awek ajan asal sabah tapi sekarang duduk selangor' mintak maaf mak jali sebab dia bukan lagi makwe ajan :( aku selalu dikenakan oleh Kak Malin dengan ayat 'ajan bila nak pergi damansara lagi?'

Kadang-kadang menyesal pun tak berguna, sebab dia dah milik orang pun :)

Selama 7 bulan aku merahsia kan pekara ini, bermacam-macam pekara yang terjadi pada aku dan pekara ini antara membuatkan aku tak senang duduk. Aku kena buka mata dan katakan pada hati aku bahawa 'dia bukan lagi milik kau ajan!' dan aku sedang cuba sekarang. Tak mudah untuk kita lupakan seseorang yang kita cinta, yang kita sayang namun pekara ini perlu sebab dia sudah pun lakukannya. Cinta tidak boleh dipaksa dan dibuang begitu sahaja.

Sejarah dulu pernah mengajar aku tentang ditinggalkan oleh seorang wanita, namun sejarah berulang lagi dan pekara ini berlaku lagi. Aku kena kuat walaupun dia insan yang aku cinta, aku kena kuat walaupun aku tahu aku telah jatuh, aku kena kuat walaupun aku tahu hati aku masih cintakan dia tapi inilah qada dan qada'. Allah akan jodohkan dia dengan insan yang lebih 'sekufu' dengan dia.

Terus terang aku katakan, punca keretakan adalah aku dan aku yang minta putus dari dia sebab aku tau aku sudah tak setaraf dengan dia. Aku masih cintakan dia, tapi aku tak nak lihat dia gagal bersama dengan aku sebab dialah segala-galanya bagi aku. Nasi sudah menjadi bubur dan pekar sudah pun berlaku.

Saya tak salahkan awak sebab awak memilih dia, sebab itu hak awak dan saya hanya kawan awak. Terima kasih atas keprihatinan awak selama 4 tahun lebih kita bersama. Buat kali pertamanya puasa, raya dan hari jadi saya tidak berada di sisi awak. Saya tahu yang dia akan membahagiakan awak, awak sudah pun buka pintu hati awak untuk dia jadi terimalah dia sebagaimana awak menerima saya dulu. Kalau awak ingat, dulu awak suruh saya lupakan kenangan kita tapi saya tak dapat awak, biarlah saya yang ingat awak sampai tiba masa saya.

Jadi mulalah hidup yang seperti dulu, seorang aku di sini. Aku akan gembira dalam sedih, aku akan senyum dalam nangis dan aku akan sihat tika sakit. Mungkin ini lah hidup aku yang sebenarnya tak layak untuk bersama insan yang bernama wanita. Ini lah ketentuan Allah pada hambanya dan aku redha. Aku harap aku akan kuat walaupun hakikatnya aku lemah.

gambar terakhir kami :p

Harap awak tak marah saya letak gambar ini. Saya akan ingat kenangan kita sampai bila-bila. Binalah hidup awak yang terbaik dah dengan teratur sebab ini impian setiap pasangan. Saya doakan hubungan awak dengan dia akan bahagia dan kekal. 

Saya harap selama mana kita kenal awak maafkan segala kesalahan-kesalahan saya.Tak mampu saya membalas segala kebaikan yang awak curahkan kepada saya. Mulai saat ini saya akan belajar terima kenyataan yang awak bukan lagi milik saya dan awak tidak memilih saya lagi untuk bersama awak. 

Ini lah cerita yang aku simpan selama 7 bulan yang aku rahsia kan dari semua. Aku mintak maaf kalau ada yang marah tapi aku harap korang semua paham jodoh ajal maut di tangan Allah. Salam cinta untuk terakhirnya wahai Cik Lemon Nikon :)

p/s: kepada pengganti aku, jaga lah dian ini elok-elok dia sekarang dah jadi tanggungjawab kau. Ini amanah kau. Dia pilih kau dan bukannya aku dan ini bermakna kau lagi baik dari aku. Aku yakin hati dia akan terbuka untuk kau andai kau menjaga dia elok-elok. 'dulu kau lawan tapi sekarang hatinya berjaya kau tawan' :)

Rabbi Yassir Wala Tua'sir


.



Tamat sudah perjalanan selama 3 semester aku di PSAS. Semester depan aku LI, insyaALLAH jikalau panjang umur dan murah rezeki kita akan bersua kembali. Kepada rakan-rakanku yang LI buat lah yang terbaik dan pastikan ceduk segala ilmu yang akan dicurahkan.

Perjalanan aku ke tempat LI makan masa 45 minit dan laluannya merupakan jalan utama ke Bandaraya Johor Bahru so risiko lah perjalanan aku ke firma yang aku LI. InsyaALLAH perjalanan akan selamat, andai kata ada pekara yang tidak di ingini berlaku aku nak mintak maaf atas segala kesilapan yang aku buat dekat korang semua, halalkan makan minum aku dan segalanya kawan!

Rela Setia


.



p/s: andaiku dapat dirimu semula, tapi mustahil :)

kawan oh kwan


.


Assalamualaikum w.b.t, dah lama tak update blog bukan apa duduk di kampung mana lah dapat line internet :)
sebenarnya aku nak berkongsi pengalam hidup aku ini merupakan dugaan yang ALLAH S.W.T turunkan pada aku dan ia merupakan ujian paling berat yang pernah aku hadapi serta lalui.

Aku dapat sms dari kawan sekolah aku, dia bagi tahu yang dia ada jual barang-barang kastam dengan harga murah! dipendekkan cerita atas sebab percayakan kawan aku membeli barang yang ditawarkan kepada aku.
Kemudian aku dapat panggilan daripada 'bos' kawan aku, dan dia menawarkan pekara yang sama kepada aku iaitu barang-barang kastam. Selepas 3 minggu , barang yang dijanjikan tidak sampai ke tempat yang dijanjikan dan baru aku sedar semuanya adalah TIPU!

Bak kata pepatah melayu, sudah jatuh ditimpa tangga! nilai yang aku telah bagi pada penipu itu sungguh besar dan mustahil aku dapat gantinya dalam sekelip mata. ALLAH sahaja bertapa serabut keadaan aku masa itu, dah lah ujian akhir lagi 3 hari. Berbagai ugutan dan tomahan yang aku dapat dari kawan-kawan aku tapi bukan semua. 

Waktu ujian Ekonomi ada kawan kepada kawan aku ini datang rumah sewa aku dan mengugut dengan pelbagai ugutan dan apa yang menyedihkan kawan aku hanya diam apabila aku diugut, bukan apa kawan kau janji kau akan bantu aku tapi? hmm.. kawan kau janji kau akan tolong aku, tapi tiba-tiba kau buat bodoh dan kau biarkan aku cari duit sorang-sorang, ini ke kawan?

ALLAH uji aku mungkin hendak tunjukkan siapan kawan yang sebenar-benarnya, bukan aku nak salahkan kau tapi kau janji kau tidak buat. Aku bersyukur walaupun agak berat untuk aku tempuh ujian ini, tapi aku tahu setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Dalam pekara ini, aku tahun siapa kawan ketika susah dan kawan ketika senang.

Alhamdulillah ada sesetengah orang yang menyokong aku dari belakang salah seorangnya bonda tercinta aku, sahabat-sahabat aku, salah seorang pensyarah aku. Jasa anda semua akan kenang sampai bila-bila.

p/s: bukan berniat nak burukkan sesiapa tapi jadikan ini sebagai pengajaran hidup yang akan mematangkan hidup aku. Walauapapun yang berlaku aku tidak akan lari dari masalah!


Alamaknyepon!


.


Assalamualaikum..Sudah nasi menjadi bubur, mana tumpahnya kuah kalu tidak di nasi! Ini lah antara peribahasa yang biasa didegar oleh kita. Bertarikah 7.1.2012 bermulanya satu pekara yang tak logik, tapi bila jam pukul 6.00 am semuanya menjadi logik! Mula-mula niat di hati cuma nak berborak sahaja, tapi bila dah jauh sangat berborak terlepaslah satu perkataan yang selama ini aku tunggu.

Bersyukur aku dapat menggembirakan hari-hari dia, walaupun masih ada hati yang sakit tapi sikit-sikit kau akan lupa jugak. Aku akan tolong kau kiranya kau mempunyai masalah, aku akan membuat kau senyum. Asalkan kau gembira dan senyum serta tidak minitiskan air mata yang pada dasarnya pekara itu susah untuk aku tengok.

p/s: aku akan berada di sisi kau


Hari Kelahiran Saya


.

Assalamualaikum..19 tahun sudah umur aku pada 22/12/2011 maka sudah dewasa lah saya! Hahaha. Walaupun berjauhan dengan keluarga, massage pertama yang aku dapat dari mak bapa aku. Malam hari jadi aku, maxis bagi free call so aku call lah kawan-kawan aku tapi apa kan daya majoritinya semua dah tidur.

Boleh dikatakan hanya berapa orang sahaja yang wish hari jadi aku, aku tak meminta pun cuma aku rasa tahun inilah aku berjaya sembunyikan hari jadi aku dari orang ramai. Bukan senang aku nak sembunyikan hari jadi aku, macam-macam alas an aku bagi.

Walau apapun terima kasih kepada yang mengingati, jasa anda amat dihargai J