kawan oh kwan


.


Assalamualaikum w.b.t, dah lama tak update blog bukan apa duduk di kampung mana lah dapat line internet :)
sebenarnya aku nak berkongsi pengalam hidup aku ini merupakan dugaan yang ALLAH S.W.T turunkan pada aku dan ia merupakan ujian paling berat yang pernah aku hadapi serta lalui.

Aku dapat sms dari kawan sekolah aku, dia bagi tahu yang dia ada jual barang-barang kastam dengan harga murah! dipendekkan cerita atas sebab percayakan kawan aku membeli barang yang ditawarkan kepada aku.
Kemudian aku dapat panggilan daripada 'bos' kawan aku, dan dia menawarkan pekara yang sama kepada aku iaitu barang-barang kastam. Selepas 3 minggu , barang yang dijanjikan tidak sampai ke tempat yang dijanjikan dan baru aku sedar semuanya adalah TIPU!

Bak kata pepatah melayu, sudah jatuh ditimpa tangga! nilai yang aku telah bagi pada penipu itu sungguh besar dan mustahil aku dapat gantinya dalam sekelip mata. ALLAH sahaja bertapa serabut keadaan aku masa itu, dah lah ujian akhir lagi 3 hari. Berbagai ugutan dan tomahan yang aku dapat dari kawan-kawan aku tapi bukan semua. 

Waktu ujian Ekonomi ada kawan kepada kawan aku ini datang rumah sewa aku dan mengugut dengan pelbagai ugutan dan apa yang menyedihkan kawan aku hanya diam apabila aku diugut, bukan apa kawan kau janji kau akan bantu aku tapi? hmm.. kawan kau janji kau akan tolong aku, tapi tiba-tiba kau buat bodoh dan kau biarkan aku cari duit sorang-sorang, ini ke kawan?

ALLAH uji aku mungkin hendak tunjukkan siapan kawan yang sebenar-benarnya, bukan aku nak salahkan kau tapi kau janji kau tidak buat. Aku bersyukur walaupun agak berat untuk aku tempuh ujian ini, tapi aku tahu setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Dalam pekara ini, aku tahun siapa kawan ketika susah dan kawan ketika senang.

Alhamdulillah ada sesetengah orang yang menyokong aku dari belakang salah seorangnya bonda tercinta aku, sahabat-sahabat aku, salah seorang pensyarah aku. Jasa anda semua akan kenang sampai bila-bila.

p/s: bukan berniat nak burukkan sesiapa tapi jadikan ini sebagai pengajaran hidup yang akan mematangkan hidup aku. Walauapapun yang berlaku aku tidak akan lari dari masalah!