Archive for Julai 2012

True Story Of The Story


.

Assalamualaikum w.b.t
Lama aku tak update blog aku ini, dah macam rumah berhantu :) sekarang aku sedang tunggu detik-detik untuk memulakan perjalanan Latihan Industri ak selama 6 bulan dan pekara ini yang membuat kan aku berasa macam penat nak mulakan LI aku ini.

Untuk pertama kalinya, aku mengaku bahawa aku Muhammad Syazani Bin Md Khusaini tidak ada apa-apa hubungan dengan Dian Angreny Bt Bahri kami just berkawan. Bukan nak berbangga tapi sampai bila aku nak cakap yang aku still dengan dia padahal kami sudah tiada apa-apa. Sebenarnya sudah lama kami berpisah, namun aku terpaksa sembunyikan pekara ini sebab aku tak tahu nak cakap macam mana pada rakan-rakan serta sedara-mara aku.

Pekara berat untuk aku ungkapkan, tapi terpaksa aku telan kepahitannya. Aku sedar hubungan kami sudah tidak dapat diselamatkan lagi tapi hati aku tetap mengatakan aku kuat untuk sembungkannya kembali. Walhal aku tahu pekara ini akan berlaku dan aku terima walaupun sudah 4 tahun lebih hubungan kami namun sampai sini sahaja aku mampu menahannya. Banyak pekara yang aku telah pelajari dalam hubungan ini, susah senang kami akan bersama.

Cerita ini bukan aku paparkan untuk mencari perhatian pembaca, cuma baru sekarang aku bersedia mengaku untuk mengatakan segala-galanya. Hakikatnya sudah 7 bulan aku rahsia kan pekara ini, bila kawan tanya 'ajan, dian apa khabar?' dan 'korang masih bersamakan?' apa yang aku jawab 'awek aku sihat je' dan 'masih lah bro'. Ada Mak Jali tanya kat aku 'awek ajan orang mana?' dengan berat hatinya aku katakan 'awek ajan asal sabah tapi sekarang duduk selangor' mintak maaf mak jali sebab dia bukan lagi makwe ajan :( aku selalu dikenakan oleh Kak Malin dengan ayat 'ajan bila nak pergi damansara lagi?'

Kadang-kadang menyesal pun tak berguna, sebab dia dah milik orang pun :)

Selama 7 bulan aku merahsia kan pekara ini, bermacam-macam pekara yang terjadi pada aku dan pekara ini antara membuatkan aku tak senang duduk. Aku kena buka mata dan katakan pada hati aku bahawa 'dia bukan lagi milik kau ajan!' dan aku sedang cuba sekarang. Tak mudah untuk kita lupakan seseorang yang kita cinta, yang kita sayang namun pekara ini perlu sebab dia sudah pun lakukannya. Cinta tidak boleh dipaksa dan dibuang begitu sahaja.

Sejarah dulu pernah mengajar aku tentang ditinggalkan oleh seorang wanita, namun sejarah berulang lagi dan pekara ini berlaku lagi. Aku kena kuat walaupun dia insan yang aku cinta, aku kena kuat walaupun aku tahu aku telah jatuh, aku kena kuat walaupun aku tahu hati aku masih cintakan dia tapi inilah qada dan qada'. Allah akan jodohkan dia dengan insan yang lebih 'sekufu' dengan dia.

Terus terang aku katakan, punca keretakan adalah aku dan aku yang minta putus dari dia sebab aku tau aku sudah tak setaraf dengan dia. Aku masih cintakan dia, tapi aku tak nak lihat dia gagal bersama dengan aku sebab dialah segala-galanya bagi aku. Nasi sudah menjadi bubur dan pekar sudah pun berlaku.

Saya tak salahkan awak sebab awak memilih dia, sebab itu hak awak dan saya hanya kawan awak. Terima kasih atas keprihatinan awak selama 4 tahun lebih kita bersama. Buat kali pertamanya puasa, raya dan hari jadi saya tidak berada di sisi awak. Saya tahu yang dia akan membahagiakan awak, awak sudah pun buka pintu hati awak untuk dia jadi terimalah dia sebagaimana awak menerima saya dulu. Kalau awak ingat, dulu awak suruh saya lupakan kenangan kita tapi saya tak dapat awak, biarlah saya yang ingat awak sampai tiba masa saya.

Jadi mulalah hidup yang seperti dulu, seorang aku di sini. Aku akan gembira dalam sedih, aku akan senyum dalam nangis dan aku akan sihat tika sakit. Mungkin ini lah hidup aku yang sebenarnya tak layak untuk bersama insan yang bernama wanita. Ini lah ketentuan Allah pada hambanya dan aku redha. Aku harap aku akan kuat walaupun hakikatnya aku lemah.

gambar terakhir kami :p

Harap awak tak marah saya letak gambar ini. Saya akan ingat kenangan kita sampai bila-bila. Binalah hidup awak yang terbaik dah dengan teratur sebab ini impian setiap pasangan. Saya doakan hubungan awak dengan dia akan bahagia dan kekal. 

Saya harap selama mana kita kenal awak maafkan segala kesalahan-kesalahan saya.Tak mampu saya membalas segala kebaikan yang awak curahkan kepada saya. Mulai saat ini saya akan belajar terima kenyataan yang awak bukan lagi milik saya dan awak tidak memilih saya lagi untuk bersama awak. 

Ini lah cerita yang aku simpan selama 7 bulan yang aku rahsia kan dari semua. Aku mintak maaf kalau ada yang marah tapi aku harap korang semua paham jodoh ajal maut di tangan Allah. Salam cinta untuk terakhirnya wahai Cik Lemon Nikon :)

p/s: kepada pengganti aku, jaga lah dian ini elok-elok dia sekarang dah jadi tanggungjawab kau. Ini amanah kau. Dia pilih kau dan bukannya aku dan ini bermakna kau lagi baik dari aku. Aku yakin hati dia akan terbuka untuk kau andai kau menjaga dia elok-elok. 'dulu kau lawan tapi sekarang hatinya berjaya kau tawan' :)