Warkah Terakhir


.



Assalamualaikum w.b.t
Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang pengganti. Ini lah pengganti aku nama dia Syafik Hilman, dia ini 1 tempat belajar dengan Dian. Bak kata dian, senang sikit nak jumpa orang yang kita sayang ni bila dia belajar satu tempat dengan kita. Huntonglahhh :p

Gambar ni masa dorang beramal dekat KL, pukul 3 pg lah kot.

Sedar tak sedah dia dah bersama dengan orang lain, jadi aku tak diperlukan lagi dalam hidup dia so buat apa aku ganggu hidup dia lagi kan ? Memang betol kata orang kadang-kadang kita berada di atas, dan kadang-kadang kita berada dibawah senang cerita hidup ini umpama roda yang berputar.

Dah lama aku sedar yang aku tak diperlukan dalam hidup dia, tapi hati aku tetap kuat katakan yang aku ini untuk dia. Tapi bila benda ini berlaku terjatuh aku dibuatnya, semenjak dari dia masuk U memang dia dah lain dan aku tahu dia akan tersangkut pada orang lain jugak.

Dia bukan jodoh aku, aku kena redha dengan pekara yang berlaku. Ini sejarah hidup aku, bila couple kena tinggal dengan perempuan dah masuk 3 orang tinggalkan aku macam tu je. Dengan dia ini, aku tahu memang silap aku tapi bila aku mintak balik dia tolak dan bila kali ketiga aku mintak dia tolak. Bila orang dah tolak kita sebanyak 3 kali, bermakna orang tu tak suka dekat kita then kita harus biarkan dia bahagia.

Sampai sekarang aku kena belajar untuk tengok dia bahagia dengan orang lain, hari-hari aku tengok Facebook dia baca comment2 dia. Bila 1 hari aku bukak fb, alangkah terkejutnya bila aku nampak gambar ini dan dari gambar ini aku tahu yang aku bukan lagi berada dalam hati dia. Dia sudah pon lupakan aku, dia sudah pon mulakan hidup yang bahagia tanpa aku tapi aku ?

Walaubagaimanapun saya tahu awak, awak tidak akan menangis bila saya pergi tapi awak akan menangis bila saya ganggu hidup awak lagi.

Sekarang hidup awak akan aman dan saya tidak akan ganggu hidup awak lagi sebab saya tahu saya tak layak untuk berada di sisi awak lagi. Hidup awak sudah dikelilingi dengan orang yang baik, orang yang mengambil berat pasal awak dan orang yang mencintai awak. Tiada sebab untuk saya bersama dengan awak. Saya pernah berjanji yang saya tak akan tinggalkan awak keseorangan, tapi sekarang awak tidak keseorangan awak ada kawan-kawan dan syafik so it's time to go.

Memang susah untuk dilupakan tapi ini realiti iaitu awak telah bersama dengan orang lain, jangan risau saya tak pernah salahkan awak even pekara macam ini sudah berlaku. Awak sendiri yang cakap, manusia senang berubah hati dan saya nampak awak. Jangan risau tentang saya lagi, risau tentang dia sahaja. Saya akan doakan korang berbahagia dan saya yakin korang berdua akan berbahagia.

Berjanjilah dengan saya yang awak akan mencintai syafik k? Tiada yang salah awak memilih dia, saya yakin dia akan membahagiakan awak. Saya tidak pernah membencikan awak sampai saya nak pergi dari awak, tapi saya tak nak ganggu lagi hubungan awak dengan dia. Cukup lah dulu saya dah ganggu hidup awak dengan orang lain, saya tak nak rampas awak dari orang lain.

Saya pergi dari hidup awak sebab saya tahu hati saya akan sakit bila lihat awak dengan orang lain, saya tiada pilihan lain ini sahaja jalannya. Tidak terlintas untuk membenci awak sebab saya pernah terbaca 'janganlah membenci orang itu sebab dia pernah membahagiakan kita'. Saya mintak maaf awak, memang hati saya pada awak lagi tapi hati awak tiada lagi tempat untuk saya. Memang hati kata sayang dan cinta, tapi mata yang sakit dan menderita. Saya redha dengan apa yang berlaku, biarkan saya pergi bawa diri jauh-jauh sebab saya tak nak sakit dan jatuh lagi. Maaf ye awak :(

p/s: Bro jaga dia elok-elok, sekarang dia amanah kau. Dia pilih kau dan bukan aku, pimpinlah dia ke syurga tau :)