Archive for November 2012

Untuk kau :)


.

Assalamualaikum w.b.t
lama sudah aku tak update blog aku ni, yelah praktikal memanjang sampai tiada masa untuk update blog ini. Alhamdulillah hidup aku masih dalam keadaan tenang walaupun hakikatkan luka yang lama masih tidak sembuh dan pastinya parut akan timbul :)

Hakikatnya aku kena terima, kesedihannya aku kena rasai dan ujiannya datang dari Ilahi :) Aku tahu Allah sedang uji hambanya, dan aku kena kuat!

Aku sebenarnya nak ceritakan pasal sahabat aku ini, nasib dia dalam percintaan sama dengan aku dan aku tau kau masih sayang kan dia tapi kalau orang tak nak kita, kita tak boleh paksa kan :)

Aku ini sahabat kau dan aku akan tolong kau bila kau dilanda masalah kawan. Yang lepas tu, biarkan jelah mulakan hidup baru dan kalau aku boleh kenapa kau tak boleh ? Percayalah ada lagi terbaik untuk kau di luar sana, dan ramai lagi mampu mengembirakan kau.

Apa yang aku boleh janji, aku akan gembirakan kau selagi aku deperlukan ye kawan. Sebab apa, tidak semestinya kita perlukan seseorang itu selamanya kerana satu masa nanti dia tidak lagi berguna untuk anda :)

Aku akan doakan kau lah kawan, sebab bagi aku kawan biar beribu. Kau carilah aku bila kau ada masalah, aku sedia membantu kau. Jangan sedih kalau orang itu tinggalkan kau sebab sebenarnya orang itu yang kehilangan bukan kau :)

Wassalam