Setahun berlalu


.






Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya, setahun sudah berlalu bagi dua pekara yang telah aku laluinya. Kedua-duanya berlaku pada bulan Januari cuma hari yang berbeza. Alhamdulillah sekian lama aku mencuba, namun apakan daya jodoh tiada :p hehehe

Apa yang aku boleh katakan, cukuplah sampai sini aku cuba untuk dapatkannya. Dah jadi milik orang, buat apa dikejar dan lagi pun sudah orang tidak mahu sama aku. Apa yang aku katakan, aku dah cuba yang terbaik untuk memilikinya.

Kisah pertama, iaitu 20 Januari 2013 tamatlah sudah tempoh yang aku mencuba untuk 'mendapatkan semula' apa yang telah diambil. Memang betul dia bukan hak aku, tapi dia lah pilihan hati aku. Apa yang dijangkakan memamg benar belaka, awak tetap akan pilih dia berbanding saya. Dan saya yakin awak akan membina kenangan yang indah bersama dia, dan saya hanya mampu mendoakan kebahagian awak :)

Kisah kedua, iaitu 7 Januari 2013 tinggalah segala kenangan pada tarikh ini kerana tamatlah tempoh satu tahun. Aku dah cuba yang terbaik, tapi entah apa silap aku. Aku dah jumpa jawapan yang aku cari, dan aku tau siapa pilihan hati kau. Aku mendoakan agar kau bahagia di samping orang baru, yelah dah jumpa MR RIGHT kan :p

Kesimpulannya, apa yang aku belajar dari kedua-dua pekara ini adalah. Jangalah kita mengejar orang yang tidak mahu bersama kita, sekuat mana kita mencuba kalau tidak jawapannya maka tidaklah pengakhirnya. Kedua, mencintai orang yang dimiliki orang memang sakit tapi sekurang-kurangnya kita mencuba. Ketiga, jadilah diri sendiri untuk mencintai orang dan bukannya menjadi orang lain. Keempat, cerminlah diri wahai En Ajan muka kau ni stock-stock bawahan tak layak untuk orang-orang yang kau suka :)

Akhir sekali, sejujurnya memang hati ini kerap sakit dipermainkan perasaan oleh cinta manusia. Luka yang lama tidak sembuh ditambah pula luka yang baru dengan hirisan yang dalam. Aku terima segala kesakitan ini dan aku redha atas pilihan anda semua.

Pengakhirannya, mulalah buku atau episod mencari Cinta Allah dan Rasulullah kerana cinta pada mereka akan sentiasa dibalas dan tidak akan dipermainkan :)

Wassalam